10 November 2008

RESTORAN MAMAK TURUNKAN HARGA:KERAJAAN BILA LAGI?-MALAYSIAKINI

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) melalui 1400 pengusaha yang bernaung dengannya hari ini mengumumkan untuk menurunkan harga teh tarik dan roti canai sebanyak 10 sen dan nasi kandar 20 sen. Berita ini pastinya memberi sedikit kelegaan kepada pengemar makanan dan minuman berkenaan di seluruh negara. Walaupun jumlahnya kecil tetapi sedikit sebanyak akan dapat 'meringankan' beban mereka.Hakikatnya harganya masih tetap 'mahal'kerana kenaikan yang dibuat di antara 20 -80 sen akibat kenaikan harga barang sebelum ini. Walaupun rangkaian restoran 'mamak' ini terkenal dengan harga 'cekik darah' tetapi kesediaan mereka menurunkan harga patut dipuji kerana turut prihatin dengan beban pengguna.

Bagaimana pula dengan harga barang keperluan lain seperti minyak masak,beras, gula, tepung dan susu?Barang ini semua berada di bawah kawalan kerajaan. Harganya masih mahal dan membebankan terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Penurunan harga barangan ini sudah pasti akan mendorong peniaga barangan berasaskan barang kawalan berkenaan akan menurunkan harga. Tetapi sikap membisu kerajaan untuk menurunkan harga menyebabkan para peniaga berada dalam dilema untuk mengambil langkah yang sama walaupun menyedari keperitan yang dialami oleh pengguna.

Kerajaan sepatutnya perlu lebih peka dan sensitif terhadap kehendak dan keperluan pengguna di negara ini dengan mencari jalan untuk menurunkan barangan pengguna daripada memukul gendang kosong isu perpaduan dan ketuanan Melayu.

Walaupun harga minyak telah diturunkan sebanyak tiga kali dari RM 2.70 kepada RM 2.15 tetapi harga barang masih tidak terdapat tanda-tanda untuk diturunkan. Malah ada peniaga terus meletakkan harga yang tinggi akibat kelesuan penguatkuasan kerajaan.

Jika kita perasan dalam tempoh dua tiga minggu ini tidak ada kedengaran langsung operasi menagani kenaikan harga barang dilakukan oleh kerajaan. Ini menunjukkan operasi penguatkuasaan yang digembar-gemburkan sebelum ini hanyalah bertujuan untuk mengkaburi mata orang ramai. Orang ramai terus tertipu dan ditipu oleh kerajaan yang seolah-olah bermain silap mata menangani kenaikan harga barang.Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah.

2 comments:

Anonymous said...

Harga beras turun apa? Beras pun barang kawalan juga...Saya yakin kerajaan sedang merancang untuk menurunkan harga barang kawalan yang lain.

Anonymous said...

bukan semua kedai mamak sambut baik cadangan turunkan harga ni.ada yang masih kekal dengan harga sebelum minyak turun.

kita kena realistik juga kerajaan tak dapat 100% kawal harga semua barangan didalam negara di setiap kedai yang ada dan mengadakan operasi senantiasa.ada pekedai yang memang "jahat" meletakkan harga mahal tanpa mempedulikan saranan kerajaan untuk turunkan harga dan meringankan beban pengguna.