16 December 2008

BUDAK BAWAH UMUR TAK BOLEH NAIK BASIKAL!

Undang-undang jalan raya mungkin akan digubal tak lama lagi. Kali ini khas buat penunggang basikal. Mereka yang di bawah umur 18 tahun tak dibenarkan naik basikal! Jika ini dikuatkuasakan Malaysia akan jadi negara pertama di dunia membuat peraturan seperti itu.

Ini berikutan, tindakan Polis Selangor manahan dan menyiasat penunggang Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), yang menganjurkan kempen "Rakyat Pengayuh Perpaduan".Semalam, Ketua Polis selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu media penahanan kira-kira 50 penunggang basikal di Rawang kerana 28 daripada mereka didapati berusia di bawah 18 tahun!

Tindakan ini mungkin ada kaitan sebagai langkah mengurangkan kemalangan jalan raya menjelang musim perayaan dalam OPS SIKAP TALAM DUA MUKA!

Apa yang lebih menghairankan, budak-budak yang bawa bendera Umno masa piliharaya lalu tak ada pulak polis kacau. Malah budak-budak tu boleh menungggang sambil angkat tayar depan sambil lalu depan balai polis lagi!

Selepas ini kita akan dapat menyaksikan pula kelas menunggang basikal akan tumbuh bagai cendawan kerana masing-masing berebut-rebut nak dapat lesen P untuk melayakkan mereka menunggang basikal di jalan raya. Kepada penunggang JERIT, berhati-hati di jalan raya...Lain kali bawa le sekali bendera Umno atau BN besar-besar, saya yakin tak ada siapa akan kacau..

1 comment:

Mohd Afnan said...

Sejak bila pula budak bawah umur 18tahun tak dibenarkan berbasikal? Jangan buat cerita bodoh la bro. Fahamkan dulu kenapa tindakan menahan mereka dilakukan. Mereka ditahan bukan kerana mereka berumur bawah 18 tahun semata-mata tapi kerana mereka menyertai kempen yang berbentuk politik dan mungkin dibayar dan dipergunakan oleh pihak tertentu...