24 December 2008

IJN DIKOPRAT RAKYAT BAKAL MELARAT


Tun Musa Hitam, Pengerusi Sime Darby memberi jaminan pengambilalihan 51% saham IJN oleh syarikat itu tidak akan menjejaskan golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan dan khidmat terbaik di hospital berkenaan.

Sementara itu,kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato seri Najib yang mengumumkan kerajaan menangguhkan pengswastaan IJN membawa maksud tersirat di sebaliknya. Tangguh bermakna bukannya batal atau mansuh. Cuma masa sahaja yang tidak mengizinkan. Lebih-lebih lagi BN bakal berhadapan pilihanraya kecil di Kuala Terangganu. Tidak mustahil, dasar pengswastaan IJN yang diwujudkan sejak tahun 1992 akan diteruskan jika BN menang dengan mandat yang besar di Kuala Terangganu.

Sikap hipokrit kerajaan yang kononnya membela rakyat telah terbukti sebelum pilihanraya umum lalu. Bukankah kerajaan BN berjanji ketika itu tidak menaikkan harga minyak? Tapi apa yang berlaku selepas itu? Minyak bukan sahaja naik dengan kadar munasabah tetapi naik dengan begitu terlampau, sehingga ramai pengguna yang naik minyak! Walaupun harga minyak telah turun lebih murah berbanding sebelum ini
(Mac 2008), bahananya tetap ditanggung oleh rakyat sehingga hari ini. Serba serbinya melambung!Ehhh.... meleret pasal minyak pulak!

Ok, berbalik pada pengkopratan IJN yang 'ditangguhkan' sejak bila dasar pengkopratan kerajaan sebelum ini, kerajaan mengotakan segala janjinya? Apa yang berlaku pada pengkopratan kemudahan elektrik dan air di negara ini? Kononnya, ketika itu kerajaan memberi jaminan, golongan bawahan tidak akan diabaikan. Apa yang berlaku pada hari ini? Rakyat khususnya golongan bawahan dan miskin terus terbeban dengan kadar tarif yang tinggi dinaikkan sesuka hati, kononnya syarikat mengalami kerugian!Pantang lewat sedikit bayar, bekalan dah dipotong!

Begitu juga dengan pengkopratan universiti. Apa yang berlaku pada hari ini? Ramai di kalangan golongan miskin yang mendapat keputusan cemerlang tidak mampu melanjutkan pengajian disebabkan kos yang tinggi dan sentiasa mneningkat. Memamg ada disediakan pinjaman, khususnya dari PTPN tetapi apa yang berlaku, PTPN yang ditubuhkan juga bermotifkan untuk mengaut untung!

Mari kita tanya dan selidik mana ada syarikat dalam dunia ini yang tidak bermotif mengaut keuntungan? Apabila motifnya keuntungan, bermakna tanggungjawab sosial sudah jatuh nombor dua atau nombor 3. Misalnya jika anda atau ahli keluarga anda berada dalam saat kecemasan dan dibawa ke hospital swasta berhampiran, apa yang akan ditanya dahulu oleh pihak hospital swasta berkenaan? Siapa yang nak bayar deposit? Ada kad insurans? Nak rawatan percuma atau rawat dulu bayar kemudian...jangan mimpilah!

Inilah realiti yang bakal berlaku, saya tidak nafikan dari segi kualiti perkhidmatan mungkin akan meningkat tetapi apa yang berlaku kepada nasib mereka yang kurang atau tidak berkemampuan? Memang wujud tabung yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk pesakit kronik yang tidak berkemampuan tetapi birokrasinya?????Mungkin pesakit akan mati dahulu baru dapat kelulusan kerajaan!

Justeru itu, sangat wajar pengkopratan IJN ditentang dan dihalang. Kita tidak mahu rakyat bawahan dan golongan miskin terpaksa melarat dan mengemis semata-mata untuk menagih ehsan dan simpati mendapat rawatan....

5 comments:

Anonymous said...

memang ramai yang tidak bersetuju IJN dikorporatkan.saya juga tidak bersetuju.jika IJN diswastakan maka akan IJN akan berubah menjadi seperti hospital swasta yang lain.sebuah hospital yang beroperasi bersandarkan pada money-making.diharapkan kerajaan tidak akan meneruskan perjanjian ini.

Unknown said...

ini najib punya kerja la ni.macamanala kementerian kewangan boleh ada idea untuk menjual 51% saham IJN kepada Sime Darby sedangkan tiada komplen apapun dari doktor dan staf-staf di IJN.

kementerian kewangan dan Sime Darby jangan menjadikan doktor dan staf sebagai alasan untuk pengambil alihan IJN.pentingkan rakyat dulu sebelum pentingkan duit.

Anonymous said...

Kepentingan rakyat harus diutamakan sebelum membuat sesuatu tindakan seperti penswastaan... Dalam isu IJN ni, memang tidak sepatutnya ia diswastakan kerana kita telah ketahui bahawa sebelum ini IJN merupakan tempat untuk semua golongan terutamanya yang miskin untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang berkaitan jantung dengan kos yang murah tapi jika ia diswastakan, sudah pasti kos akan meningkat dan tinggi.

Moazmar@yahoo.com said...

kenpa gila sangat kera jaaan BN tu nak swasatakan ..giler ..sewel?

Anonymous said...

Rancangan ini telah ditangguhkan tapi diharap kerajaan akan menghapuskan terus rancangan ini kerana sudah pasti rakyat tidak akan berpuas hati dengan keputusan ini.