20 December 2008

KURANG BUKTI, TAK ADA BUKTI ATAU SEMBUNYI BUKTI?


Tun Dr. Mahathir sebelum memberi amaran keras akan mendedahkan nama mereka yang terlibat dengan politik wang jika tindakan tidak diambil oleh Umno untuk mengatasinya.

Ramai yang ternanti-nati nama-nama yang bakal didedahkan oleh Dr. Mahathir apabila menyedari langkah Umno membanteras politik wang ibarat cakap dan borak kosong kedai kopi.

Dari amaran dan nada Dr. Mahathir, saya beranggapan beliau sudah cukup bukti dan maklumat. Kalau tak tak kan beliau berani melontarkan cabaran itu.

Rupa-rupanya gertakan Dr. Mahathir umpama memalu gendang kosong, tak ada apa-apa. Alasan Dr. Mahathir tidak cukup bukti! Satu aspek saya bersetuju dengan Dr. Mahathir tidak mendedahkan nama perasuah dalam Umno jika kurang bukti nanti boleh memakan diri dan boleh dianggap sebagai fitnah.

Dari sudut yang lain pendirian Dr. Mahathir ternyata kontra dengan prinsip hidupnya yang berani dan sanggup menanggung risiko seperti yang telah ditunjukkan sebelum ini semasa dan selepas menjadi PM.

Dalam masa yang sama saya tertanya-tanya kenapa Dr. Mahathir berubah 360 darjah? Ada apa-apa ke? Adakah kerana menyedari anaknya sendiri, Mukhriz calon ketua pemuda juga terlibat dengan rasuah dua kali lima dengan yang lain?

Jika telahan saya tepat, apa yang berlaku sebenarnya, kurang bukti, tak ada bukti atau sengaja nak sembunyi bukti? Saya kira para perasuah dalam bertepuk tangan gembira dengan kenyataan terbaru Dr. Mahathir.Kita tunggu seterusnya apa yang berlaku pada lebih 900 aduan melibatkan rasuah pemimpin umno dalam pemilihan lalu yang dilaporkan kepada lembaga disiplin. Mungkin alasan ini juga bakal diberi oleh lembaga disiplin Umno nanti, tak ada kes rasuah dalam pemilihan Umno, semuanya adalah fitnah! Kalau ada pun lembaga Disiplin Umno tak boleh buat apa-apa kerana kekurangan bukti!

1 comment:

Anonymous said...

Yang Mahathir ni pon satu. Sekarang baru dia nak sibuk, dulu masa zaman dia bukan dia kisah nak bongkarkan semua ni. Semua dia main buat diam je. Konon takda masalah. Sekarang nampak macam pada zaman Pak Lah benda ni menjadi2. Padahalnya benda ni berasal daripada zaman dia sendiri. Zaman Mahathir sendiri dah ada cuma masalah ni dia simpan bawah tikar je.