05 December 2008

PUSAT PELAKON FILEM: RAKYAT BANTAH, ALI RUSTAM SOKONG

Dalam akhbar sinar Harian edisi Melaka hari ini terdapat dua berita tentang filem. Satu sokong dan satu lagi tidak bersetuju.


ALI RUSTAM SOKONG MELAKA JADI PUSAT PELAKON FILEM

RAKYAT MELAKA PULA BANTAH!

Ali Rustam bercita-cita menjadikan Melaka sebagai pusat perfileman antarabangsa. Menurut Ali Rustam penganugerahan Datuk pada Shah Rukh Khan esok merupakan satu usaha ke arah itu.

Sebelum ini Ali Rustam bercadang nak wujudkan perkampungan artis di Melaka Pindah Alor Gajah. Namun tak ada seorang pun artis yang berminat, sebab kawasan tu kawasan tempat 'jin bertendang' iaitu kawasan ladang getah dan kelapa sawit yang ingin dijadikan kampung tersusun. Saya yang pada awalnya diluluskan satu lot tanah di situ menarik diri kerana kawasannya yang agak terpencil.Tapi tak tahulah kalau Ali Rustam cadang nak syorkan buat filem Tarzan kat situ.

Dalam akhbar yang sama hari ini, penduduk di Pulau Sebang menyalahkan unsur ganas dalam filem asing yang menyebabkan kadar jenayah yang semakin menjadi-jadi di situ. Terbaru sederet rumah kedai di Pulau sebang dibakar dipercayai dilakukan remaja dan pemuda nakal dari kampung berkenaan. Penduduk mendakwa ia berpunca dari unsur ganas dan negatif dari filem asing.

Rakyat bantah dan tak setuju, tapi Ali Rustam tetap beria-ia jadikan Melaka pusat perfileman. Walaupun dibantah dan pelbagai pandangan rasa tidak puas hati dinyatakan.Inilah contoh dan sikap pemimpin tidak berjiwa rakyat yang asyik-asyik menyusahkan rakyat sahaja.

3 comments:

Anonymous said...

nak kata Ali rustam ni tak berjiwa rakyat tu tak jugak.cuma cadangan dia ni "pelik-pelik" dan memang dia berani sangat buat tindakan yang tidak popular.

Alor Gajah sekarang memanglah kawasan "jin bertendang" tapi jika benar-benar ia diusahakan mana tahu mungkin boleh menjadi markas perfileman seperti studio warner bros dan studio disney.

nak menyalahkan 100% pada filem asing tak guna juga.aku pun tengok jugak cerita ganas-ganas tapi takde la jadi ganas.mungkin pengaruh rakan yang menyebabkan macam tu ataupun terlalu bebas dan liar.

Anonymous said...

Setiap cadangan ada pro dan kontra. Jika dilihat dari nilai yang positif, perkampungan filem antarabangsa ini dapat menggalakkan aktiviti pelancongan di Malaysia khususnya di Melaka. Di samping itu ia boleh memberi sumber pendapatan kepada kerajaan negeri dan penduduk juga. Tapi jika rakyat telah menolak cadangan ini dengan alasan kadar jenayah meningkat kerana pengaruh filem dari luar, apa kita boleh kata. Rakyat lebih nampak yang negatif daripada yang positif. Memang tak dinafikan pengaruh filem dari luar memang memberi kesan. Tapi jangan lupa ibu bapa, keluarga, guru, masyarakat mahupun diri kita sendiri boleh memainkan peranan untuk mengawal dan mendidik diri kita. Kita ada akal untuk menilai mana baik dan buruk...

Jeepers Creepers said...

hurm sy x kisah sape sokong ali rustam ke tak..tapi pada pendapat saya sendiri bukan pengaruh filem luar yang menjadikan kita bersikap negatif atau tidak..

pokok pangkalnya bergantung kepada diri sendiri,iman dan amal. Zaman dulu walaupun tiadanya filem tapi berlaku juga kegiatan jenayah. Itu saja. Setiap manusia dianugerahkan akal untuk berfikir. Oleh itu fikirlah sendiri baik buruk sebelum menunding jari dan menyalah sesiapa.