29 January 2009

ADAKAH NAJIB AKAN LETAK JAWATAN JUGA?


Tindakan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak adalah tepat. Ini membuktikan sikap dan rasa bertanggungjawab kerana merasakan gagal dalam melaksanakan tanggungjawab beliau.

langkah ini dipercayai berkait rapat dengan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagi saya beliau sepatutnya meletak jawatan itu lebih awal lagi apabila Umno dimalukan dalam pilihanraya umum lalu apabila Perak berjaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat.Walau bagaimanapun tindakan beliau menunjukkan sikap bertanggungjawab untuk memulihkan keyakinan rakyat dan meredakan sedikit pergolakan yang sedang melanda Umno Perak.

Kita menunggu adakah ada lagi pemimpin Umno akan mengambil sikap yang serupa dilakukan oleh Tajol Rosli? Bagaimana dengan Khir Toyo? Sebelum ini acah nak letak jawatan tetapi tak lama lepas itu ubah pendirian dengan alasan sokongan daripada 'akar umbi' atau 'ubi kayu' yang mahukan beliau kekal dengan jawatannya sekarang.

Begitu juga dengan Najib, tak rasa apa-apa ke apabila BN khususnya Umno dimalukan di Permatang Pauh dan Kuala Terangganu serta pergolakan yang berlaku dalam Umno sekarang?

Adakah Najib akan meletak jawatan jika ada wakil rakyat di peringkat parlimen yang mewakili BN dan Umno menyertai Pakatan Rakyat?

Jika Pak Lah yang meletak jawatan saya rasa tak membawa apa-apa makna kerana Pak Lah memang akan meletak jawatan dengan 'rela hati' pada Mac nanti sebagai presiden Umno dan perdana menteri.

Dalam hal ini, Najiblah yang sepatutnya menanggungnya dengan memikul segala tanggungjawab kerana beliau yang kelihatan begitu berkuasa pada ketika ini walaupun belum secara rasmi ditabal sebagai presiden umno dan perdana menteri.

Tetapi kepada semua saya rasa eloklah lupakan andaian atau mimpi Najib akan letak jawatan secara sukarela. Lihatlah betapa 'selamba' je Najib berhadapan dengan kontroversi yang berlaku atas dirinya. Tidak ada sebab Najib akan letak jawatan kecuali beliau sudah tidak ada pilihan lain apabila semakin ramai orang berbondong-bondong meninggalkan BN dan Umno!

2 comments:

UMNO & PKR said...

kita sama saksikan taktik permainan Anwar , Nizar akan dikudakan oleh anuar. lucutlah Jawatan Menteri Besar Perak dari PAS.apa kata saudara?

fital said...

Nagib takkan letak jawatan, bagilah dia peluang dulu. Mana tahu di lebih baik dan lebih bertenaga seperti Harimau Kuat pencuci segalnya.....