14 January 2009

ISU BELI CAMRY: KHIR TOYO CAKAP TAK SERUPA BIKIN


Apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengumumkan membeli 15 Toyota Camry untuk Exco dan pegawai kanannya ramai pihak yang melenting dah menuduh kerajaan PR tidak patriotik dan membazir.

Jika kita merujuk kepada satu sumber berita je, itulah kesimpulan yang kita akan buat. Tetapi bila diambil kira kos jangka panjang dan faktor-faktor lain keputusan kerajaan PR adalah wajar. Cuma masa je kurang sesuai.

Sebabnya seperti sengaja mengundang isu dan tohmahan lebih-lebih lagi dalam kegawatan ekonomi dan suasana pilihanraya di Kuala Terangganu.Ternyata isu itu telah menjadi zikir BN dalam pilihanraya di KT.

Tetapi apabila PR membangkitkan isu pembelian Mercedez oleh kerajaan Terangganu di bawah Ahmad Said untuk kegunaan rasmi Exco dan pegawai kanannya, isu bermewah-mewah dan tidak patriotik terkena atas batang hidung pemimpin Umno semula.

Tetapi itu kira ok lagi, tapi rupa-rupanya Khir Toyo lagi hebat. Kalau PR di Perak dan Selangor membelanjakan kira-kira 2 juta untuk 15 buah camry untuk kegunaan rasmi Khir Toyo pula belanja hampir 1 juta untuk hanya sebuah kereta mercedez S350 L !

Apa yang lebih mengejutkan pembelian itu menggunakan wang kumpulan Darul Ehsan semasa Khir Toyo jadi MB Selangor. Kereta itu pula adalah untuk kegunaan peribadi. Perkara itu didedahkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad Setiausaha Politik MB Selangor.

Saya cadangkan Khir Toyo bersihkan namanya dengan menyaman Nik Nazmi jika dakwaan tersebut adalah fitah. Jika tidak jangan mimpilah nak ambil semula Selangor dari PR. Khir Toyo juga perlu membersihkan namanya lebih-lebih lagi menjelang pertandingan jawatan Ketua Pemuda Umno yang turut ditandinginya. Jika tidak saya syorkan lebih baik Khir Toyo menarik diri kerana akan 'perabih borehh' je...Mukhriz dan Khairy pasti senyum lebar dengan berita ini...

2 comments:

Anonymous said...

Setiap benang basah Pakatan Rakyat pasti akan ditegakkan oleh orang-orang macam saudara... Apa nak jadi dengan dunia ni? Itulah kalau dah taksub, tak boleh buat apa...

Anonymous said...

ini lah hujah standard orang umno bila tak mampu berhujah secara fakta dengan pas, kata orang pas taksub. dulu kini dan selamanya itulah hujahnya. tetapi orang umno tak sedar mereka bukan sekadar taksub tetapi ikut secara membuta tuli mereka tak sedar.Biarpun pemimpin melakukan rasuah seperti yang dilaporkan kpd lem. disiplin umno, bawa lari anak orang seperti md taib,melakukan skandal seperti rahim tamby chik dan skandal seperti yang banyak melibatkan najib. Tahu tak kenapa seorang pegawai agama Islam di PD ditukar serta merta pada awal 90-an. Najib ada jawapnnya?