21 January 2009

ISU RASUAH:ALI RUSTAM TERASA KE?


Tidak semena-mena tanpa hujan ribut, Ali Rustam meminta semua pihak tidak cepat membuat tuduhan apabila seorang agen kempen Umno dari Melaka disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan bakal didakwa ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

"Masyarakat pula jangan terlalalu cepat membuat andaian sebelum kesalahannya terbukti benar" satu kenyataan beliau yang dipetik dalam satu sidang akhbar semalam.

Bagi saya, sebagai seorang calon yang bakal bertanding jawatan nombor dua, yang dikaitkan dengan 'tangan-tangan ghaib'yang membantu melepasi kuota timbalan presiden Umno oleh Datuk Ruhanie Ahmad dalam blognya tidak lama dulu, Ali Rustam sepatutnya tidak perlu mengulas atau dalam erti kata lain seperti menafikan dakwaan berlaku rasuah yang melibatkan beliau. Berdiam diri adalah lebih afdal baginya.

3 comments:

fecto said...

kenyataan Ali lebih bijak dari kenyataan Nizar dalam hal orang mereka ditahan untuk siasatan.Nizar bertegas yang orangnya tidak bersalah manakala Ali pula berkata elok dijalankan siasatan dahulu sebelum di jatuhkan hukuman tanpa bukti yang kukuh.

Anonymous said...

siasat pun xde guna jgk..org yg menyiasat pun terima rasuah darpd org yg disiasat..

Sameon said...

Kalau pembangkang, bila pemimpin UMNO buat kenyataan, pasti ada saja salahnya. Macamlah pemimpin pembangkang bagus sangat. Mereka ada hak bercakap, biarlah...