17 January 2009

KALAH MENANG DI KUALA TERANGGANU PAS TETAP DAH MENANG!


Apa pun keputusan pilihanraya kecil malam ini di Kuala Terangganu, Pas tetap dah menang! Rasanya ramai tak setuju, tapi saya ada hujah saya yang tersendiri:

1. Pas menang kerana Pas telah berkempen dengan cara bersih tanpa menggunakan taktik kotor dan pengaruh politik wang untuk merasuah pengundi.

2. Pas menang dalam bantahan Pas terhadap Pegawai Pengurus Pilihanraya di KT yang berlaku tidak adil dengan berkempen untuk BN dan mengugut pengundi memaksa pegawai berkenaan menarik diri.

3. Pas menang kerana telah berjaya menampilkan tokoh yang tidak kontroversi yang mempunyai rekod baik sepanjang menjadi wakil rakyat.

4. Pas menang kerana Pilihanraya KT telah mengukuhkan perpaduan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat khususnya di antara PAS dan DAP, sekaligus menutup tohmahan perpecahan yang berlaku dalam PR.

5. Pas menang kerana walaupun PR menguasai 5 negeri tidak ada satu pun agensi dan kemudahan milik kerajaan negeri digunakan untuk kempen pilihanraya KT.

6.Pas menang dalam undian secara on line dalam semua web dan blog yang menjalankan sistem undian secara maya seperti MStar Online, Berita Harian on line, KL Pos dan lain-lain.

7. PAS MENANG DENGAN MAJORITI.....Sama-sama kita tunggu malam nanti.

Tetapi jauh disudut hati, saya bimbang dengan sikap yang terlalu yakin untuk menang yang akan menyebabkan pihak lawan mengambil peluang di saat-saat akhir.

Bagi saya cakap-cakap politik sama ada dalam alam maya dan media serta cakap-cakap orang ramai yang mengatakan Pas menang tidak boleh pakai sangat. Bagi saya penculaan yang benar-benar telus menjadi petunjuk utama aliran pengundi di KT.

Bagi saya, isu yang dibangkitkan dalam pilihanraya ini sepanjang tempoh kempen sama ada dari Pas dan BN tidak banyak mempengaruhi keputusan pengundi. Sebenarnya pengundi telah ada keputusan untuk mengundi siapa sebelum proses penamaan calon lagi.

Bagi saya perubahan keputusan dalam pilihanraya kali ini bergantung kepada strategi taktikal yang digunakan oleh PAS dan BN di KT.

4 comments:

UMNO & PKR said...

walaupun 7 hujah peribadi yang saudara berikan, pandangan saya masih samar, kekuatan PAS di KT terletak ditangan pengundi setia PAS disana, Pakatan Rakyat sama juga seperti BN tidak lebih dari itu, cuma yang bezanya PR belum jadi pemerintah andai ditakdirkan PR jadi pemerintah,..mana-mana piliharaya kecil diMalaysia ini akan sama seperti cara yang dilakukan oleh BN. Ape le ertinya PAS bergabung tenaga dengan PKR dan DAP, sedangkan ideologinya tidak sama seperti tidur sebantal mimpi asing-asing.

angkasanuri said...

Salam, terima kasih atas komen tapi saya kurang jelas apa yang dimaksudkan dengan:

"...andai ditakdirkan PR jadi pemerintah ,....mana-mana pilihanraya kecil di Malaysia ini akan SAMA CARA YANG DILAKUKAN OLEH BN.

Sameon said...

Kalau dah taksub macam tu lah. Kalah menang dah tak kira dah. Kalau kalah sekalipun tetap dianggap menang... Kesian kat penyokong taksub macam saudara...

angkasanuri said...

Kalau dalam Islam perjuangan mendaulatkan Islam kerana ingin mendapat kemenangan maka Nabi SAW gagal, Nabi Ibrahim gagal dan NAbi Nuh juga gagal tetapi adakah kita berani kata mereka kalah? Mereka tetap menang, bukan kalah menang yang kita inginkan tetapi keredhaan Allah yang dicari. Itulah yang membezakan di antara PAS dan Umno! Bukalah kitab sirah Nabawiyyah, rajin2lah pergi dengar majlis ilmu untuk kita faham apa dia konsep al falah dalam Islam. Kita jangan bercakap hanya guna logik akal, akal manusia terhad.