22 January 2009

KHALID IBRAHIM GUNA DUIT HARAM UNTUK BUAT MAJLIS KORBAN?


Sebelihan korban yang diadakan setiap kali tiba Hari Raya Aidil Adha adalah satu simbol pengorbanan dan pengabdian kepada Allah SWT. Melambangkan ketaqwaan kepada Allah SWT bagi mereka yang berkemampuan.

Apabila majlis qurban adalah ibadah kepada Allah SWT maka segala-gala bentuk ibadah itu bukan sahaja perlu bersih dari segi zahir tetapi perlu suci dari segala-galanya yang boleh menghalang ibadah itu daripada diterima oleh Allah SWT.

Apabila laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa melibatkan Tan Sri Khalid Ibrahim oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) bahawa Khalid menggunakan duit haram untuk 48 ekor lembu korban bernilai RM 110,400 di Parlimen Bandar Tun Razak baru-baru ini saya tertanya-tanya kesahihan dakwaan yang dibuat.

Kita sama-sama tunggu laporan dan siasatan yang akan dibuat oleh SPRM. Prosedur biasa setiap laporan akan disiasat, jika cukup bukti bawa ke mahkamah dan dedahkan hasil siasatan kepada umum.

Siapa pun yang benar-benar melakukan kesalahan dan jenayah perlu dibawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan tanpa mengira sama ada pimpinan tertinggi kerajaan ataupun Pakatan Rakyat.

Apa yang dibimbangi, apabila melibatkan pembangkang begitu cepat siasatan dibuat tetapi apabila melibatkan jerung yang lebih besar di pihak yang satu lagi, pihak yang sepatutnya melaksana dan menguatkuasakan undang-undang hanya menutup sebelah mata sahaja dan memekakkan telinga sahaja.

3 comments:

Anonymous said...

dakwaan ini mungkin tak sahih sebab tak mungkin Khalid begitu bodoh untuk menggunakan wang haram sebanyak itu untuk tujuan yang baik.

namun biarlah siasatan dijalankan dahulu.kalau Khalid tak salah,dia dan penyokongnya tak perlu merasa risau.

Unknown said...

khir toyo cadangkan yang Khalid letak jawatan buat sementara waktu dan selepas selesai siasatan dia boleh sambung semula.

tapi boleh bayangkan tak kalau khir toyo yang disuruh letak jawatan.mesti khir akan bela diri dia dengan bersungguh-sungguh.sama la jugak dengan khalid.dia pun mesti bela diri dia juga.selagi tak dibuktikan bersalah,maka dia masih belum lagi bersalah.

tapi kalau betul bersalah,u better watchout la khalid!

Anonymous said...

Biarlah pihak berkuasa dan SPRM jalankan siasatan dulu. Bila dah terbukti barulah kita boleh bercakap. Sekarang ni kala cakap pun tak guna sebab pembangkang ni, pi mai pi mai, kerajaan juga yang salah. Diorang betul selalu...