18 January 2009

MENANG LAGI!!!!

Walaupun berhadapan dengan asakan bertubi-tubi daripada pihak lawan ini tidak menghalang untuk mencapai kemenangan.

Apa yang lebih manis lagi kemenangan ini dicapai di kubu pihak lawan.

Semua ini hasil daripada sikap usaha keras serta tidak putus asa mengasak pihak lawan yang begitu terdesak untuk mencapai kemenangan untuk memulihkan reputasinya di kalangan penyokong yang semakin menjauhkan diri.

Kemenangan ini dicapai hasil daripada keputusan lewat malam tadi.

Walaupun kemenangan ini sangat bermakna dengan memberi nafas baru untuk lebih keyakinan, kemenangan ini tidak seharusnya mengalpakan semua pihak. Ini kerana pihak lawan setiasa mencari peluang dan menyusun strategi untuk menewaskan Machester United.

Jaringan minit terakhir penyerang kelahiran Bulgaria, Dimitiar Berbatov telah membantu Machester United menewaskan pasukan bermasalah Bolton sekaligus merampas tahta liga buat pertama kali dalam musim ini daripada Liverpool. Jaringan itu hasil dari serangan balas yang dilakukan daripada gerakan cantik penyerang Carlos Tevev yang berjaya disempurnakan oleh Berbatov pada minit ke 89 permainan.


Kemenangan ini pasti memberi tekanan kepada Liverpool yang terpaksa bertandang ke Everton dalam satu lagi perlawanan lain. Manakala Chelsea semakin ketinggalan dalam persaingan apabila hanya mampu seri dengan Stoke City melalui jaringan penyelamat juga minit-minit terakhir daripada Frank Lampard. Walau bagaimanapun dengan keputusan ini Chelsea boleh mengucapkan hai hai bye bye kepada persaingan liga Bolasepak Barclays. Sekian dimaklumkan,

4 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

wah,
kau pun dah jadi fotball pundit.

macam Serbegeth Singh tak do kojo la!

cacamerba said...

Tuan,

1. Saya ada menulis mengenai pemimpin UMNO yang dah mula menyanyi lagu Bangau Oh Bangau!

2. Jemput melawat blog saya http://manisdibibir.blogspot.com

3. Nak minta tolong sikit, boleh? Boleh tolong masukkan blog saya dalam blogroll tuan?

Salam.

Ros said...

Tahniah PAS di KT..

Syabas MU di Reebok stadium.. heh.. heh..

angkasanuri said...

He..he..prof bila selalu cakap politik kadang2 orang jemu sesekali kita tukau topik.

kpd. manis dibibir blog tuan/puan saya tak boleh nak akses sebab ia hanya untuk invited reader je...