03 January 2009
RETAK TAK PE ASALKAN TAK BERSEPAI!
Seperti telah dijangka perbezaan dan perselisihan pendapat dalam khususnya dalam PKR Selangor menjadi modal kepada Umno dan BN untuk dicanang ke hulu ke hilir. Seolah-olah apa yang berlaku menjadi 'penawar' khususnya Umno yang sedang berhadapan pelbagai konflik dan pergeseran dalaman menjelang pemilihan Mac ini.
Hari ini Najib, bakal presiden Umno dan Perdana Menteri 'atas kertas' dalam sidang akhbar berkata keretakan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat membuktikan betapa rapuhnya Pakatan Rakyat yang tak sampai setahun diwujudkan.
Bagi saya soal retak ni perkara biasa, macam juga duduk rumah baru kadang-kadang tak sampai seminggu dah retak sana sini. Biasanya boleh ditampal dengan simen atau retak itu akan hilang kalau dicat semula.Kadang-kadang retak itu berpunca dari bahan binaan yang banyak pasir dari simen atau cat yang digunakan kurang berkualiti.
Tetapi apa yang paling merunsingkan kalau roboh atau bersepai. Nak bina semula atau nak cantum satu-satu bukannya mudah. Seperti gelas yang jatuh bersepai.Lebih mudah beli atau tukar aje dengan yang baru!
Itulah yang boleh digambarkan kepada Umno yang ada pada hari ini, bukan sekadar retak aje tetapi dah nak bersepai!Rasuah,politik wang, cantas-mencantas, tikam belakang semua ada dalam UMNO! Elok selamatkan rumah sendiri dulu yang semakin nak roboh dan bersepai dari sibuk-sibuk ambil tahu rumah orang lain yang hanya retak-retak.
Seperti kata Najib tak sampai setahun Pakatan Rakyat dah retak, biasalah tu macam orang baru kahwin. Ibarat kata Allayarham P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Tetapi Umno, dah lebih 50 tahun....Tetapi apa yang berlaku sekarang? Sendiri mahu ingatlah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
pandangan saya UMNO masih belum retak, sebab mereka ni masih lagi boleh bersatu walaupun ape yang berlaku, tetapi saya takutkan PR akan terus retak dan bersepai jika DSAI terus memainkan sentimen pembentukan kerajaan yang belum tentu lagi dapat dibentuk. rasanya macam dipermainkan oleh DSAI aje, hanya omongan kosong semata-mata. ape pulak kata PAS ? nak dengar pandangan peribadi dari tuan..
Terima kasih atas komen dan pandangan saudara. Pada pandangan saya pilihanraya Kuala Terangganu akan menjadi petunjuk sama ada rakyat marah atau tidak akibat kegagalan pembentukan kerajaan baru 13 september lalu. Walaupun Pas tidak pernah berjanji bahawa kerajaan baru terbentuk seperti yang diuar-uarkan oleh DSAI. Tetapi saya tidak melihat DSAI mempermainkan Pas. Presiden Pas Dato Tuan Guru sendiri ada memberi peringatan tegas kepada DSAI sekiranya berlaku lompatan atau peralihan kuasa suara melayu atau Islam berkurangan maka lebih baik kekalkan kerajaan yang ada. Ini salah satu faktor kenapa tidak berlaku peralihan kuasa.Saya juga melihat tindakan Pak Lah menyegerakan peralihan kuasa kepada Najib sebagai satu pengorbanan Pak Lah untuk menyelamatkan kerajaan BN walaupun satu keputusan sukar untuk mengelakkan mereka yang kurang senang dengan stail kepimpinan Pak Lah melompat ke Pakatan Rakyat.Tetapi tindakan Pak Lah menyerahkan kuasa kepada Najib akan mempercepatkan lagi sebenarnya kejatuhan Umno.Dalam politik ni ada bermacam helah dan strategi itu dinamakan berpolitik.Sama-samalah kita tunggu....
akhi..minta tolong promote kempen JOM SERTAI PAS.....harap boleh letakkan iklan di dalam blog akhi....mari sama2 mneyemarakkan kempen ini...maklumat lanjut boleh refer pada ketua DPPBK atau ana sendiri
nanti berikan maklumat lanjut tu untuk saya masukkan dalam blog ini. terima kasih.
PR kata UMNO nak retak dan tunggu nak belah.UMNO pulak kata PR nak retak dan menunggu belah.sebenarnya sama saja.
tapi umum memang semua tahu yang PAS dan DAP memang susah nak ngam antara satu sama lain sebab masing-masing ada ideologi yang tersendiri.cuma yang boleh menyelesaikan masalah antara PAS dan DAP ialah dengan melihat siapa yang memegang kerusi yang lebih banyak dan dialah yang lebih berhak untuk bersuara lebih lantang sedikit.
Post a Comment