13 February 2009

APASAL PULAK NIZAR KENA MENGUCAP?

Mengucap dua kalimah syahadah boleh berlaku dalam banyak situasi. Dalam azan, iqamah, solat, nak memeluk Islam atau menyebut semula kalimah syahadah bagi mereka yang sudah gugur akidahnya.

Tapi yang peliknya, kenapa tak pasal-pasal ahli MT Umno, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar meminta MB Perak yang sah Dato seri Ir Nizar Jamaludin mengucap semula syahadah? Adakah Nizar telah gugur syahadah kerana tidak mahu mengikut telunjuk mereka yang tak reti atau buat-buat tak reti pada undang-undang status jawatan MB? Adakah Nizar telah gugur syahadah kerana memfailkan tindakan perundangan di mahkamah untuk mencabar pelantikan 'MB pintu belakang' di Perak?

Adakah Nizar belum masuk Islam oleh itu kena ucap kalimah syahadah?

Inilah jadinya bila terlalu ghairah nak sentuh pasal hukum dalam Islam hingga tak dapat beza bab batal akidah dan bab undang-undang negara.

Dalam bab agama Islam usah dipermainkan. Kalau tak reti baik diam. Dari kita bercakap akhirnya orang tahu memang kita tak reti.

4 comments:

Mohd Harris Abdullah said...

Nak buat macamana, ulama BN memang hebat2.

hj mamat said...

UMNO mmg dah murtad.lama dah sejak ditubuhkan.dunia pun tahu...xcaya bukak kitab.

kasutlama said...

LAAAA...APALAH SALAHNYA KALAU NAK MENGUCAP.

SELAIN DALAM 5 WAKTU SEHARI, AKU RASA TAK PA KALAU NAK MENGUCAP BERIBU KALI SEHARI.

TAH KE TAK TAU MENGUCAP...!

Sameon said...

Apa masalahnya kalau Nizar disuruh mengucap? Baguslah tu. Kita boleh mengucap bila-bila masa pun. Ia tak ada batasan. Dalam solat lima waktu pun kita ada mengucap dua kalimah syahadah... Tak perlulah nak pertikai atas alasan politik...