16 February 2009

DI ANTARA CHUA SOI LEK DAN ELIZABERT WONG

Satu ketika dulu negara digemparkan dengan klip video 'terlampau' Chua Soi Lek di sebuah hotel di Batu Pahat Johor. Hari ini sekali lagi kita digemparkan dengan gambar 'separuh terlampau' Elizabeth Wong.

Chua Soi Lek telah meletak jawatan sebagai menteri tetapi kekal sebagai ahli parlimen dan kemudian kembali semula dalam politik dan menang dengan 'bergaya' jawatan timbalan presiden MCA.

Adakah Elizabeth Wong akan meletakkan jawatan sebagai Exco Selangor?

Apakah isu Chua Soi Lek dan Elizabeth Wong adalah isu yang sama dan berbeza?

Saya biarkan anda untuk membuat penilaian dan pertimbangan.

Bagi saya tak kira siapa baik dari BN dan Pakatan Rakyat jika isunya melibatkan tingkah laku tidak bermoral maka ia tidak layak untuk menjadi pemimpin.

6 comments:

Anonymous said...

yang "buat" dan yang kena rakam dua isu yang berbeza.Chua Soi Lek berlaku curang terhadap isterinya tapi tidak dengan Eli.

kasutlama said...

HAAA....

KALI INI KITA SERUPA

HAAA....

PEMIKIRAN YANG SAMA

HAAA....

TAK KIRA SIAPA, PASAL MORAL

HAAA....

KETUA BLOCK RUMAH PANGSA PUN

HAAA....

KITA HALAU, NYAH DARI MATA.

Anonymous said...

Totally two different situation. Chua Sok Lek buat atas kerelaan sendiri bersama pasangannya. Eli pula diambil gambar secara curi. Adakah salah dia tidur separa bogel di rumahnya sendiri? Jadi, lepas ni semua ADUN-ADUN dan MP-MP kenalah tidur, mandi, lakukan seks suami isteri, buat air besar, etc.. dalam keadaan berbaju lengkap. Banyak sangat kamera-kamera tersembunyi nak ambil gambar kome.. Kat Malaysia ni ramai betul agen-agen yang belajar ilmu CIA, KGB, CSI, James Bond...

Hasbullah Pit said...

1. Mahkamah mana yg menentukan samada eli bermoral atau tidak?

2. kedua2 kes eli dan Soi Lek adalah dirakam secara curi.

si lembik's said...

awas..anda antara yang diawasi oleh puak-puak BN..pastikan segala perilaku yang seangkatan dengannya dilaksanakan dalam keadaan berpakaian lengkap..jika tidak sok atau lusa gambar 'uk uk' anda akan disebarkan di dalam intenet..bahaya woooooooooo

Sameon said...

Salam...
Kali ini saya setuju dengan pandangan saudara. Tak kira apa jua parti politik, kalau dah melibatkan masalah moral, orang yang terlibat memang tak layak untuk jadi pemimpin.

Pemimpin selalunya menunjukkan tauladan yang baik untuk dicontohi orang bawahan tapi jika pemimpin ada masalah moral, memang bermasalahlah... Macam Anwar la. Beliau pun ada dakwaan masalah moral berhubung kes liwat. Jadi beliau pun memang tak layak untuk jadi pemimpin...