08 February 2009

KARPAL SINGH AKAN MELOMPAT MENYERTAI BN?

Belum pun reda isu hendak saman sultan Perak berkaitan dengan rampasan kuasa di BN di Perak, YB Bukit Gelugor Karpal Singh buat kejutan lagi kali ini meminta agar Dato Seri Anwar Ibrahim berhenti memimpin Pakatan Rakyat dan bertaubat.

Beliau menyalahkan ketua umum PKR itu kerana mempromosikan budaya lompat parti serta mencetuskan masalah dalam gabungan tersebut.

Bercakap dalam sidang akhbar di Georgetown, Karpal berkata tindakan mengalu-alukan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Bota melompat menyertai Pakatan, sebelum beliau balik semula ke BN, telah mencetuskan ketegangan dalam Pakatan sehingga menyebabkan Perak jatuh ke tangan BN.

Pemimpin DAP itu berkata, Anwar telah menimbulkan cukup masalah dan sudah tiba masanya bagi beliau (Anwar) bertaubat.

Ini bukan kali pertama Karpal Singh mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan keputusan PR. Ini termasuklah dalam isu negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas yang ditentang oleh beliau. Namun kenyataan itu lebih bersifat peribadi dan tidak melambangkan pendirian DAP dalam pakatan Rakyat.

Dalam situasi begini adalah tidak sesuai untuk masing-masing tuduh menuduh di antara satu sama lain. Semua pimpinan PR perlu bergabung dan bersatu untuk terus mendesak dan mencabar BN yang telah menubuhkan kerajaan 'Jack Sparrow' di Perak.

Mungkinkah ini merupakan peluang BN untuk memujuk Karpal Singh menyertai mereka? Mana tahu semua kemungkinan boleh berlaku dalam musim lompat melompat ini.Tapi saya yakin, kata-kata Karpal Singh hanya sekadar meluahkan perasaan geram dan marah yang teramat sangat kepada BN yang membuat onar di Perak.

Dalam kuliah Dhuha oleh Ketua Dewan Ulama Pas Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail pagi tadi beliau menjelaskan hanya perjuangan yang berpaksi kepada aqidah dan ilmu sahaja yang mampu bertahan dan berhadapan dengan semua cabaran dan rintangan. DAP dan PKR perlu belajar daripada Pas bagaimana Pas mendidik sesama pimpinan dan ahlinya dalam memberi teguran kepada pimpinan iaitu penuh dengan adab dan tertib. Wallahualam.

2 comments:

Anonymous said...

DAP perlu dihapuskan di persada negara ini. Perjuangannya tidak relevan dengan kenegaraan negara bangsa Malaysia. DAP mencitrakan negara yang berkonsepkan imigrantisme yang asing dengan citra bangsa tempatan.

farrah said...

Saya rasa Karpal Singh ni dah nyanyuk kot...? Uban pun dah memutih ha ha ha. I think it's about time kot...