09 February 2009

MANSUH PILIHANRAYA DAN GANTI DENGAN SISTEM DIKTATOR

Perkembangan yang semakin memualkan dalam amalan demokrasi di Malaysia sedang berlaku. Setelah mandat diberi oleh majoriti rakyat Perak dikhianati dengan tindakan tidak bermaruah mereka terus berusaha dengan agenda samseng dan tidak bertamdun untuk menafikan suara demokrasi terus subur di Malaysia.

Mereka, orang-orang yang khianat dan tidak bermoral dan berakhlak sedang cuba untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Terbaru ugutan demi ugutan yang dibuat mungkin memaksa Adun Selambau di Kedah untuk tunduk pada tekanan dengan meletak jawatan untuk pilihanraya kecil diadakan di sana.

Adakah ini suasana yang mereka inginkan? Inikah contoh pemimpin yang hendak menerajui negara? Apakah rakyat hanya tahu melihat dan tidak berbuat apa-apa sedangkan mereka bertepuk tangan serta bersorak gembira?

Kenapa mereka begitu takut dan bacul untuk berlawan dalam arena demokrasi? Adakah mereka tahu rakyat semakin menolak mereka lantaran taktik samseng dan ala lanun digunakan?

Mereka ini tidak akan puas selagi nafsu serakah mereka untuk berkuasa tidak terlaksana. Mereka akan buat apa sahaja ibarat beraja di mata bersultan dihati. Apa yang berlaku jelas adalah kerana dendam kesumat setelah rakyat mendedahkan pelbagai skandal dan menelanjangi watak sebenar mereka yang berlindung dari imej membela Melayu dan memertabat institusi beraja.

Jika begini lagak dan watak mereka mansuhkan sahaja pilihanraya secara demokrasi di negara ini dan buat sistem pemerintahan ala diktator atau gaya sosialis serta komunis. Jangan menipu rakyat dengan bertopeng slogan demokrasi dan mengormati institusi raja. Rakyat hari ini semakin cerdik dan intelek dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata.

1 comment:

nisha said...

aku tak beberapa nak faham dengan PR ni.bila Anwar kata dia nak buat kerajaan baru dengan cara mengajak orang BN melompat ke PR,nampak macam majoriti dalam PR menyokong.tapi bila dah terkena pada batang hidung sendiri,lain pulak jadinya!?.

aku tak sokong BN mahupun PR dalam cara melompat-melompat.orang yang lompat-melompat boleh diragui keikhlasan mereka dan belum tentu mereka boleh taat setia.

nak adil dan saksama elok diadakan pilihanraya.biar rakyat yang pilih.habis cerita...tapi rasanya kalau BN yang menang,tetap takkan habis cerita sebab PR pulak akan kata yang ada "pengundi hantu".. :)