25 February 2009

SPRM MENJADIKAN KHIR TOYO SUCI DARI RASUAH?


Pelbagai laporan dan aduan dah dibuat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa yang membabitkan bekas MB Selangor kepada BPR kini SPRM.

Semua laporan disertakan dengan dokumen yang menyokong aduan dibuat. Dari rasuah membabitkan lembu korban sampailah rasuah yang membabitkan nilai jutaan ringgit. Terbaru membabitkan laporan Khir Toyo menerima bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.

Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.

Sudah berlambak dan laporan yang dibuat.....Apa yang berlaku akhirnya? SPRM akan beritahu..... kita kekurangan bukti, saksi tak cukup, laporan tak lengkap.....Tetapi bila melibatkan MB Selangor sekarang.... Dalam masa yang cukup singkat....SPRM kata apa????Kita mempunyai bukti yang cukup dan kuat tentang kes rasuah dan penyelewengan serta salah guna kuasa...SPRM akan menyerahkan kertas siasatan pada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya...SPRM ada Prima facie dalam kes ini...Kes ini akan disegerakan kerana melibatkan kepentingan umum....Ini apa cerita???


3 comments:

Anonymous said...

Salam bro.

inilah masalahnya di malaysia,kebenaran dan keadilan bukan lagi menjadi keutamaan badan-badan berkuasa,malu jadi rakyat malaysia,apabila perasuah di lindungi dan pendakwaan terpilih hanya pada musuh politik saja...

hiba melihat sebegini rupa SPRM yang di katakan telus dan adil...bagi saya hampeh...memalukan.

pak man..

Anonymous said...

Ya...sy setuju apa yang dicoretkan tu..memang itulah kenyataan nya..semua rakyat malaysia tahu...cuma yang rakyat malaysia tak tahu..asas kerja BPR, SPRM, Polis taua2 apaa2 badan kerajaan hanya untuk menjaga org UMNO sahaja..
Liaht saja semasa MB Nizar menjalankan urusan resmi atau tak resmi...satu polis escot pun tak de..bila MB Zambri nak pi solat jumaat saja hampir separuh yang ada kawasan mesjid tu SB juga polis...

Sameon said...

Dah memang ada bukti yang lengkap mengenai kes lembu Khalid, takkan SPRM nak tangguh lagi... Laporan yang PR buat untuk 'kena'kan Khir Toyo dah menag tak kuat. Nak buat macam mana...