11 February 2009

UMNO TERUS 'MEMPERKUDAKAN' POLIS:KALI INI PERMIT CERAMAH DIBEKUKAN

Umno sekali lagi bertindak bacul kali ini dengan menggunakan polis untuk membekukan permit ceramah umum di seluruh Perak selama dua minggu. Alasan yang diberikan agar suasana 'panas' yang dicipta oleh Umno reda. Arahan itu dikeluarkan oleh KPN Tan sri Musa Hassan kepada ketua polis Perak.

Nampaknya Umno semakin takut dan bimbang dengan perkembangan yang berlaku iaitu kebangkitan luar biasa rakyat Perak membantah rampasan kuasa kerajaan pakatan Rakyat.

Apa yang mereka takutkan? Bimbang rakyat dapat maklumat sebenar? Bangkai gajah nak tutup dengan daun pisang? Apakah mereka bimbang satu persatu pembohongan mereka terdedah?

Pemimpin Umno kena ingat rakyat mendapat maklumat di hujung jari. Kalau nak sekat maklumat senang saja, saya cadangkan Umno tutup semua akses internet, haramkan astro, tamatkan semua talian mudah alih dan hanya benarkan rakyat menonton TV1, TV2 dan TV 3 sahaja! Selain itu haramkan Harakah, Suara Keadilan, Siasah dan semua media yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan Umno@BN yang membingungkan.

Sejarah tamadun manusia moden telah membuktikan sekatan kerajaan yang melampau kepada rakyat merupakan isyarat yang cukup jelas kerajaan tersebut bakal ditumbangkan.

4 comments:

Unknown said...

Najib dah tunjukkan kuasa dia. Nampaknya dia tak ambil iktibar DARI PRU12 & PRK lepas.

Anonymous said...

Ceramah politik pembangkang bukan nak sedarkan rakyat tapi nak sebarkan dakyah dan agenda jahat pembangkang... Kesian kepada rakyat yang terlalu mudah 'termakan' hasutan dalam ceramah sebegini…

angkasanuri said...

salam jeffripower,

Kalau kita cakap pada orang kampung yang tak sekolah mungkin ada betulnya mereka mudah 'termakan' dakyah pembangkang, tetapi kalau kita cakap pada profesor, dr, jurutera, golongan profesional termasuk pakar teknologi nuklear pertama di Malaysia yang sekarang bersama dengan Pakatan Rakyat bahawa mereka juga mudah 'termakan' dengan dakyah pembangkang tentu ada sesuatu yang menarik kenapa mereka menyertai PR. Adakah mereka juga hanya mengikut sahaja macam orang yang saudara maksudkan?

Anonymous said...

angkasanuri,

yang kau maksudkan itu orang yang terlibat dan masyuk perut dan poket dia....

memang patut pun.!