Dua hari lepas saya dah menjangkakan hampir semua akhbar perdana akan menyiarkan bahawa keputusan SPM 2008 tidak menjejaskan PPSMI.
Misalnya komen dari Ketua Pengarah Pelajaran....
Keputusan peperiksaan itu juga menunjukkan peningkatan kelulusan dalam Sains dan Matematik, sekali gus membuktikan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejaskan pencapaian pelajar.
Mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata prestasi calon bandar dan luar bandar serta pada peringkat nasional bagi mata pelajaran itu terus meningkat.
Subjek Sains mencatat kelulusan 91.2 peratus berbanding 87 peratus pada tahun sebelumnya, manakala Matematik 77.5 peratus berbanding 75.8 peratus pada 2007.
Benarkah begitu? Jika PPSMI tidak menjejaskan keputusan SPM tahun ini malah meningkat sila umumkan berapa gred markah lulus, kepujian dan cemerlang untuk subjek sains dan matematik? Adakah pihak Kementerian Pelajaran bersedia mendedahkannya? Jika tidak maka tidak mustahil markah dan gred subjek matematik dan sains telah dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu. Terutama untuk terus menghalalkan pelaksanaan PPSMI yang mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.
13 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Askm Tuan,
Tidak bolehkah dasar yg telah separuh dekad dilaksanakan ini dilakukan penambah baikan shj dari segi pelaksanaannya, bukan menghentikannya. Bimbang jika ditukar dgn dasar baru pula, anak2 kita yg terumbang-ambing dek percanggahan pendpt (kalau tuan ada anak...). Apakah justifikasi yg tuan gunapakai sehingga PPSMI dikatakan suatu pengkhianatan terhadap Melayu? Tk.
Salam tuan red rooster...
Saya tidak nafikan bahasa Inggeris penting. Malah saya sanggup menghantar anak untuk kelas tambahan dan membeli set pembelajaran yang bernilai ribuan ringgit untuk anak2 saya menguasai bahasa Inggeris.
Sepatutnya kerajaan meningkatkan penguasaan anak2 dalam subjek bahasa Inggeris itu sendiri.Terutama dari prasarana dan tenaga pendidik.
Apa yang berlaku dasar PPSMI yang telah menelan belanja kira-kira RM 5 billion dibuat tanpa kajian yang mendalam tanpa meminta pandangan daripada tokoh2 pendidik dalam negara. Dibuat secara tergesa2 tanpa memikirkan akan pro dan kontra.
kalau nak kata mengganggu anak2 kita yang sedang mengikuti program PPSMI, bagi saya jika PPSMI terus dilaksanakan ia akan semakin menyukarkan anak-anak kita.
Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Allahyarham Tun Razak dalam Laporan Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974...malah cuba kita hanyati konsep KBSR, KBSM dan Falsafah Pendidikan Negara.... semua memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar.
Pemimpin sebelum ini telah bersusah payah memperjuangkan nasib Melayu...malah ramai lagi yang sanggu dipenjarakan kerana memperjuangkan bahasa Melayu...adakah kita tidak fikir kenapa ada di kalangan kita yang mudah2 je melupakan sumbangan dan pengorbanan mereka contoh melalui PPSMI ini?
Post a Comment