30 March 2009

PRK BUKIT GANTANG: TERBUKTI UMNO MEMPERALATKAN MASJID!

Masjid merupakan rumah Allah yang penuh kemuliaan. Kita dituntut untuk mengimarahkannya sesuai tuntutan dalam Islam. Malah duduk-duduk di dalamnya sahaja dengan niat ikhtikaf pun sudah dapat pahala.

Salah satu darinya ialah solat berjemaah yang menjadi sunnah Nabi SAW. Tetapi lain yang berlaku di Parlimen Bukit Gantang di Masjid Simpang. MB Perak, Dato Seri Ir Nizar Jamaludin dituduh oleh Ketua Umno Bukit Gantang Datuk Rosli Hussin merampas acara 'Umno' di masjid berkenaan.

Pengakuan ini sekaligus membuktikan bahawa Umno lah yang memperalatkan masjid. Nizar dijemput oleh imam masjid untuk mengimamkan solat dan seterusnya memimpin bacaan Surah Yassin. Seterusnya atas permintaan imam masjid berkenaan, beliau diminta mentafsirkan ayat yang dibaca dalam solat tanpa menyentuh bab politik. Itupun salah ke ?

Tuduhan bahawa Nizar merampas acara Umno di masjid berkenaan jelas menunjukkan kebongkakan dan kesombongan Umno berkaitan hal ibadah dan pengurusan masjid. Sehingga hari ini mahkamah belum membuat keputusan status menteri Besar Kudeta, Datuk Zamry bermakna Nizar selaku Menteri Besar rakyat mempunyai hak untuk mengimamkan solat, memimpin bacaan Surah Yassin dan menjelaskan tafsir Al Quran. Malah siapa sahaja yang berkemampuan atas undangan pihak pengurusan masjid boleh melakukan perkara yang sama.

Masjid adalah rumah Allah, bukan rumah Umno dan bukan juga rumah Pas. Adakah tuduhan itu dibuat kerana calon Umno@BN tidak mampu menandingi ketokohan Nizar?

Apa kata malam ini kita sama-sama cabar calon Umno@BN, Ismail Saffian menjadi imam solat maghrib atau Isyak, memimpin bacaan Yassin dan tahlil serta menyampaikan tazkirah atau tafsir Al Quran. Beliau boleh memilih mana-mana masjid dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Saya yakin ahli dan penyokong Pas pasti turut berminat untuk melihat ketokohan calon Umno@BN. Kalau nak jadi pemimpin, nak imamkan solat jemaah pun tak mampu baiklah mengundur diri!

1 comment:

GuruBashid said...

Tidak timbul UMNO hendak merampas masjid sebab semua masjid dibina pada masa UMNO/BN memerintah. Masjid dibina untuk memudahkan ahli qariah dan penduduk setempat menunaikan solat secara berjamaah dan solat Jumaat yang natijah akhirnya mengeratkan ukhuwah. UMNO tidak akan merampas sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh menjadi miliknya. Merampas bermaksud mengambil sesuatu yang bukan milik kita dengan jalan paksa. Tentulah tidak timbul sama sekali soal UMNO akan merampas sesuatu yang memang menjadi miliknya. Masjid bukan untuk direbut tetapi untuk diimarahkan bagi tujuan-tujuan ibadah dan perpaduan umat. Yang membaca khutbah sepatutnya imam yang dilantik, bukan wakil rakyat atau orang yang di luar dari kawasan itu. Kecualilah atas izin Jawatankuasa Masjid atau kerana diundang. Begitu juga yang mengimami solat sepatutnya diutamakan imam atau ahli qariah masjid itu. Sebab itu pemimpin UMNO tidak pernah mengambil peluang untuk menjadi khatib atau bilal apabila berkunjung ke sesebuah masjid kecualilah dia benar-benar ahli qariah masjid itu. Sebab salah satu perkara yang paling penting ialah redha makmum ke atas imam atau khatib. Tiada guna kita membaca khutbah atau menjadi imam, sekiranya ada makmum atau ahli qariah yang tidak redha. Sebab itu pemimpin-pemimpin UMNO di pelbagai peringkat amat faham akan hal ini. Sebab itu punca seperti ini tak pernah datang daripada mereka, khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan masjid dan surau. Sejak Pakatan Pembangkang mengamil kerajaan negeri Perak dan sehinggalah kerajaan ini tersingkir oleh ketentuan Allah dengan asbabnya daripada Undang-Undang Tubuh Negeri perak, PAS-lah yang bermaharajalela menggunakan masjid untuk kepentingan politik sempit mereka. PAS menggunakan masjid untuk mempropagandakan ideologi dan parti mereka. Wakil-wakil rakyat mereka berkhutbah, membaca tazkirah dan sebagainya tetapi semuanya diselitkan dengan tujuan-tujuan politik. Masjid Pengkalan Aur sebagai contoh terang-terang digunakan untuk berkempen. Begitu juga masjid Simpang, khatibnya selalu memperopagandakan PAS dalam bahasa agama.Tetapi kami ahli UMNO masih bersabar dalam hal ini. Tetapi ketidaksabaran dan kesamsengan pemimpin dan ahli PASlah yang terbawa-bawa sehingga ke ruang dan mimbar masjid.Anda membaca qunut Nazilah di masjid. Anda berdoa kemenangan untuk Islam di masjid. Tetapi dalam hati anda yang dimaksudkan kemenangan itu ialah PAS dan qunut Nazilah itu ditujukan untuk melaknat UMNO. Anda benar-benar mencabar Allah apabila menggunakan masjid Allah untuk merendah-rendahkan saudara anda sendiri. Tunggulah hukuman Tuhan ke atas anda atas apa yang anda lakukan atas nama agama.