02 April 2009

DYMM AGONG TIDAK PERKENAN NAJIB SEBAGAI PM?


Maklumat terkini yang diterima, DYMM Agong dikatakan meminta agar pelantikan Najib sebagai PM ke 6 ditangguhkan. Insyallah maklumat terkini akan menyusul selepas segala maklumat disahkan.

Sekiranya berita ini benar seperti maklumat yang diterima ini merupakan satu kemenangan rakyat dan satu tamparan yang paling hebat kepada DS Najib dan kepada umno@BN.

4 comments:

Anonymous said...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya.

Abdullah tiba pada pukul 10 pagi tadi dan meninggalkan perkarangan istana kira-kira sejam kemudian dengan menaiki kereta rasminya, Proton Perdana bernombor WCH 13.

Menjawab soalan wartawan sama ada beliau telah menyerahkan surat peletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Agong, Abdullah hanya menjawab terpulang kepada Agong.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba di istana pada pukul 11:25 untuk menghadap Tuanku Mizan untuk mendapat perkenan Baginda untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam esok.

Beliau dilihat memasuki perkarangan istana pada pukul 11:25 pagi dan beredar kira-kira 45 minit kemudian dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WRP 11.

Semalam Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Tuanku Mizan berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri keenam akan diadakan pada 10 pagi, esok di Istana Negara.

"Yang di-Pertuan Agong juga telah memberi perkenan supaya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada jam 10 pagi, Jumaat, 3 April 2009 di Istana Negara," menurut kenyataan itu

Anonymous said...

Ya ALLAH...

Aku bermohon padaMU Ya ALLAH agar YDP Agong TIDAK perkenan Najib jadi PM kerana jika beliau memerintah negara ini dengan segala kekotoran dan imej yang kotor maka pasti membawa bencana pada negara.

Amin...makbulkanlah doa kami.

nightcaller said...

Apa nak speculate lagi...kan dah sah pak lah jumpa DYMM dan NTR pun dah mengadap....

Biar je lah NTR tu jadi PM...lawan tetap lawan.....

princess jiji said...

dah tu nak sapa jadi PM?si gay ke?