30 April 2009
HANYA PESAWAT FIREFLY DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BATU BERENDAM?
Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam Melaka yang dinaik taraf dijangka akan mula beroperasi Mei ini. Maka banyaklah banner yang dipasang di sekitar Bandaraya Melaka memuji kepimpinan dan ketokohan Ketua Menteri Datuk Seri Ali Rustam kerana 'kejayaan' satu lagi mercu tanda baru Melaka.
Namun sehingga hari ini hanya syarikat FireFly yang menggunakan pesawat ATR 72-500 turboprop yang bersetuju memulakan penerbangan Melaka - Singapura bermula September ini.
Kalau setakat pesawat ATR 72-500 turboprop sebenarnya lapangan terbang ini tak perlu dinaik taraf pun kerana dengan landasan dan kemudahan yang ada sebelum ini pesawat seperti Fokker 50, CN 235 dan Charlie pun boleh mendarat.
Kos membina lapangan terbang ini telah meningkat daripada peruntukan asal RM 130 juta dalam RMK 9. Idea awal menaik taraf adalah untuk menjadikan lapangan terbang ini sebagai hub tambang murah dengan mensasarkan syarikat seperti Air Asia dan FireFly serta MAS.
Namun Air Asia dikatakan menangguhkan rancangan untuk menjadikan lapangan Terbang Batu Berendam sebagai distinasi baru mereka kerana lapangan terbang ini dibina tidak melepasi spefikasi dan syarat untuk membolehkan pesawat Air Asia seperti Airbus A320 mendarat. Ini menyebabkan Ali Rustam sekali lagi terpaksa mengemis kepada Pak Lah, Perdana Menteri ketika itu untuk mendapatkan peruntukan tambahan untuk memanjangkan lagi landasan yang baru siap dibina.
Tetapi masalah lain pula timbul untuk memanjangkan landasan ini kerana akan melibatkan pengambilan tanah dan kediaman penduduk di Taman Seri Bayan yang akan menyebabkan kos meningkat berkali ganda.
Ali Rustam wajar menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku sehingga menyebabkan lapangan terbang ini dibina tidak mengikut spefikasi yang ditetapkan. Adakah wujud unsur-unsur penyelewengan atau salah guna duit rakyat dalam projek ini? Tetapi masalah itu sepatutnya tidak berlaku kerana setiap projek mega yang bernilai ratusan jutaan ringgit sepatutnya mempunyai perancangan dan kajian yang teliti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ini lah kerja bodoh kerajaan. Nak buat apa Melaka punyai Lapangan Terbang yang besar. Cuba lah buat kajian secara ikhlas dan jujur, negara kita terlalu kecil dan tidak perlu menggunakan Pesawat untuk bergerak didalam negera dan singapura.
Satu lagi projek Barisan Nasional dan tipu rakyat dalam pembaziran.
juga kena siap sedia untuk hadapi banjir lagi..
Kolam besar di tapak airport yg nk di extend sedang dlm proses utk di kambus..
Bila hujan air akan naik ke taman berdekatan..
Post a Comment