16 April 2009

MAJORITI RAKYAT PERAK TETAP TIDAK RESTU ZAMRY SEBAGAI MB DAN KERAJAAN HARAM!

Mahkamah Persekutuan hari ini 'membebaskan' penggantungan Datuk Zamry Abdul Kadir dan enam ahli exconya daripada penggantungan yang dibuat oleh jawatankuasa Kebebasan dan Hak DUN Perak yang diketuai oleh Speaker V.Sivakumar selama 18 bulan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan secara sebulat suara ini bakal menyaksikan bermulanya sejarah dalam sistem perundangan negara bahawa kuasa Dewan Rakyat dan DUN tidak lagi mempunyai imuniti dan kekebalan khususnya kuasa speaker kerana boleh dicabar dan dipertikaikan di mahkamah.

Bermakna selepas ini, mana-mana wakil rakyat boleh mencabar keputusan speaker dalam dewan yang mulia di mahkamah. Misalnya penggantungan Gobind Singh Deo oleh speaker Dewan Rakyat selama setahun. Persoalan timbul adakah mahkamah bakal mengambil alih fungsi dan kuasa speaker selepas ini? Sudah pasti kes ini akan dijadikan rujukan dalam kes yang berkaitan pada masa akan datang.

Walaupun mahkamah telah membebaskan Zamry dan 6 exco yang lain, majoriti rakyat Perak tetap menolak mereka sebagai wakil rakyat dan menubuhkan kerajaan haram di Perak. Ini telah dibuktikan dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang bahawa rakyat telah menolak 'mohon restu' dan menghantar referendum dengan memberi kemenangan besar kepada Menteri Besar Rakyat Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin.Umno@BN tidak akan berani untuk berhadapan dengan suara dan kehendak rakyat Perak yang menuntut satu pilihanraya semula diadakan.

Dalam masa yang sama, Zamry masih belum boleh mendabik dada sebagai MB Perak kerana perbicaraan status beliau sebagai MB masih di peringkat perbicaraan di mahkamah. Di samping itu saya yakin V. Sivakumar akan merayu dan mencabar keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan hari ini. Kemelut di Perak tetap akan berpanjangan selagi DUN tidak dibubarkan untuk mendapat mandat dan restu dari rakyat Perak.

4 comments:

Anonymous said...

Bila rakyat perak tolak??? sebahagian sokong sebahagian lagi tak sokong... itu yang sebetulnya. Jangan buat andaian yang tidak betul, kerana tidak betul adalah menipu namanya.

angkasanuri said...

Kepada ononymous 3.15..baca le betul-betul saya sebut majoriti...Kalau Umno@BN betul-betul kuat kenapa takut dan fobia dengan pembubaran dun?

Anonymous said...

salam...

sedara kita tu buta mata dan hati..
almaklum le dah 51 tahun duduk dalam tempurung..kesian dia.. =P

Anonymous said...

biarlah korang nak buat apa pun skrg, next GE surely PR akan jadi kerajaan. hangpa pulak jadi pembangkang. hangpa pulak rasa cammana bila TV3,RTM sumenya bagi laporan memihak pada kerajaan saja..nanti baru masa tu hangpa nak sedar? dah lambat laaaaaaa....