23 April 2009
ORANG UMNO SUDAH HILANG SABAR DENGAN DR. MAHATHIR
Kemasukan Tun Dr. Mahathir semula ke dalam Umno semakin tidak disenangi oleh orang Umno sendiri. Terdapat kepercayaan di kalangan orang Umno sendiri, kekalahan Umno@BN dalam pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau sedikit sebanyak disumbangkan oleh 'keceluparan' Dr. Mahathir yang tidak disenangi oleh orang Umno sendiri.
Malah Datuk Ahmad Sabery Chik, Menteri Penerangan sebelum ini dikatakan terselamat daripada terpelanting dari kabinet 'Satu Malaysia' Dato Seri Najib apabila menyiarkan secara langsung ucapan Dr. Mahathir di Bukit Gantang yang dikatakan menghakis kepercayaan pengundi serta menambah kebencian rakyat kepada Umno@BN.
Terbaru apabila Exco Pemuda Umno Pusat yang melompat dari Keadilan, Lokman Nor Adam meminta Dr. Mahathir diam! Ini berikutan kenyataan-kenyataan Dr. Mahathir yang dilihat cuba mempengaruhi pentadbiran Najib. Di antara isu terkini ialah permintaan Dr. Mahathir supaya Umno bertanding di Dun Penanti yang dikatakan bertentangan dengan hasrat Najib dan akar umbi dalam Umno. Mahathir juga secara terbuka menggesa agar kerajaan Umno@BN meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok.
Saya yakin kritikan ini akan mewujudkan pergeseran yang akan terus menyebabkan Umno@BN berada dalam keadaan perpecahan yang semakin sukar untuk diselamatkan. Sudah pasti selepas ini terdapat mereka yang menyokong dan mempertahankan Dr. Mahathir dalam Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Memang UMNO/BN ni bebal nak mampuih...kalau nak terus berkuasa dan smakin kuat lagi dipercayai seluruh rakyat Malaysia janganlah tolak Mahathir. Kalau boleh...suruh dia bertanding jadi calon UMNO di Penanti dan tukar Najib jadi presiden UMNO...itu sajalah jalan untuk selamatkan UMNO....kahkahkahkahkah...
Post a Comment