08 April 2009

TERIMA KASIH DR MAHATHIR BANTU KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT


Ucapan terima kasih dan penghargaan mencurah-curah diberikan kepada semua jentera Pakatan Rakyat baik dari PAS,PKR dan DAP dari semua peringkat kerana kerja kuat yang membantu kemenangan menawan dua bukit dalam PRK semalam.

Walau bagaimanapun kita wajar mengucapakan jutaan terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir atas jasa dan sumbangan beliau sebagai PM sebelum ini yang banyak menyumbang kepada kemenangan bergaya kepada Pakatan Rakyat.

Di antara sumbangan besar Dr. Mahathir ialah :

1. Membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya selepas PRU tahun 1999 dengan memecahkan kawasan majoriti Melayu. Ini bertujuan untuk melaksanakan dasar pembangkang'sifar' atau menawan kembali kerusi yang dimenangi oleh Pas.

2. Melaksanakan dasar 'kuku besi' sepangang 20 tahun sebagai PM menyebabkan kemarahan rakyat semakin meluap-luap kepada Umno@BN.

3. Sepanjang pemerintahan beliau rasuah, nepotisme dan kronisme semakin menjadi-jadi sehingga mewujudkan pepecahan yang kronik dalam Umno.

3. Melaksanakan dasar 'langit terbuka' dalam dunia ICT menyebabkan rakyat lebih cepat mengetahui segala tindak tanduk dan pembohongan Umno@BN dengan web dan blog melalui kemudahan internet jalur lebar.

4. Kembali menyertai dan berkempen untuk Umno@BN sehingga majoriti rakyat tidak mempunyai pilihan selain daripada menolak Umno@BN.

Saya berharap Dr. Mahathir akan dipilih menjadi penasihat kepada kerajaan dan Umno@BN dan DS Najib serta lebih proaktif dalam kempen Umno agar mempercepatkan lagi hayat Umno@BN daripada sejarah politik negara.

2 comments:

Anonymous said...

Hebat analisis tuan.

Kiranya tuan hebat?

Siapakah manusia yang layak memimpin Malaysia?

Setahu saya, analisis yang penuh emosi akan melahirkan rasa dendam dan irihati apabila melihat kejayaan orang lain.

-Sedih Melihat Melayu Islam Seronok Menjatuhkan Melayu-

angkasanuri said...

anonymous 7.32

sesiapapun layak memimpin Malaysia asalkan dia seorang beriman kpd Allah SWT,berilmu, berakhlak , tidak melakukan dosa besar serta mengekalkan dosa kecil. melaksanakan apa yang diperintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.Islam tidak melihat rupa atau bangsa. Allah sebut dalam Al Quran orang yang beriman...bukan Melayu wahai saudaraku...