18 April 2009

UMNO@BN SEMBUNYI FAKTA UNTUK ADAKAN SIDANG DUN HARAM 7 MEI INI

Patutlah dalam sidang akhbar selepas keputusan mahkamah Persekutuan kelmarin,Datuk Zamry abdul Kadir Menteri Besar Kudeta, beliau nampak tidak ceria. Rupa-rupanya ada fakta yang disembunyikan tentang apa yang berlaku sebenarnya dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan berkenaan.

Semua ini menujukkan Umno@BN khususnya di Perak berusaha menyekat kebangkitan rakyat dan memulihkan imej yang tercalar dengan cuba untuk menipu rakyat.

Umno@BN sekali lagi bermain-main dengan istilah 'perkenan Sultan' untuk menghalalkan tindakan haram mereka untuk mengadakan sidang Dun Perak 7 Mei ini.

Terbukti Umno@Bn sengaja ingin mewujudkan suasana kalut dan kacau bilau di Perak. Buatlah apa pun, majoriti rakyat Perak telah menolak mereka. Kesalahan yang mungkin tidak dimaafkan sehingga tujuh keturunan walaupun mereka cuba menarik simpati untuk 'memohon restu' rakyat...

Nak tahu apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan kelmarin sila klik

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020372&Itemid=85

1 comment:

toytian said...

Ayuh rakyat malaysia mari kita berdoa semoga org2 dimedia perdana diberi petunjuk dan hidayat supaya jadi menjadi org yang baik dan bertambah baik. Tanamkan dalam diri mike takut kepada TUHAN. Jauhkanlah diri mike dari sikap memecahbalah kan rakyat.Sesungguhnya seluruh rakyat malaysia cintakan kpd kebaikan,tiada sapa yang mahu kejahatan kecuali sahabat kpd iblis dan syaitan.