13 May 2009

1 MALAYSIA: HARGA MINYAK DINAIKKAN, RAKYAT DIKETEPIKAN, PEMIMPIN DIDAHULUKAN


Bermula 1 September ini harga minyak minyak RON 97 yang berharga RM 1.80 seliter akan dinaikkan sebanyak 20 sen menjadi RM 2.00. Langkah itu berikutan pengenalan minyak RON 95 yang dikatakan lebih berkualiti yang akan dijual pada harga RM 1.75 seliter. Manakala minyak RON 97 yang digunakan oleh kebanyakan kenderaan hari ini akan dijadikan minyak premium.

Atas alasan apa minyak kegunaan majoriti rakyat itu dijadikan produk premium tidak pula dinyatakan dengan munasabah dan meyakinkan. Apa yang menimbulkan kemusykilan pak cik mak cik di kampung ialah kenapa kerajaan memperkenalkan minyak baru yang dikatakan lebih berkualiti dari minyak RON 97 tetapi dijual dengan harga lebih murah. Lebih menghairankan pak cik dan mak cik ini ialah minyak RON 97 akan terus berada di pasaran walaupun minyak RON 95 diperkenalkan. Secara logiknya menurut pak cik dan mak cik tersebut kerajaan sepatutnya menarik semula penjualan minyak RON 97 apabila minyak RON 95 diperkenalkan.

Kata pak cik dan mak cik itu lagi ini semua membuktikan bahawa sebenarnya minyak RON 97 yang ada di pasaran sekarang adalah lebih baik daripada minyak RON 95 sebab itulah minyak RON 97 dilabel sebagai minyak premium. Nampaknya mak cik dan pak cik berkenaan bertambah pening kepala yang tak hilang lagi kesan daripada keadaan haru biru politik di Perak.

2 comments:

Anonymous said...

Apa lah...umno ni dah tak ada kerja lain lagi suka sangat buat rakyat marah...makin menebalah geram aku...pada umno haram jadah...

man

Anonymous said...

Kita kena jugak fikir kualiti RON95 berbanding RON97 dan kesan RON95 kepada alam sekitar. RON95 adalah minyak yang kurang kualiti dan boleh menjejaskan jangka hayat kenderaan dan alam sekitar pada masa akan datang. Isu hari ini bukan setakat harga tetapi melampaui isu-isu sejagat. Dasar kerajaan yang inginkan kualiti alam sekitar yang baik harus mengekal harga ROM97 bagi manfaat bersama.