14 May 2009

CERITA PELIK DARI DUN SARAWAK PULA


Kebiasaanya dalam mana-mana sidang Dewan Rakyat dan DUN di negara ini pihak pembangkang yang akan keluar dewan apabila merasakan keadilan dan hak mereka dinafikan di dalam persidangan.

Tetapi yang berlaku di Sarawak adalah terbalik, Barisan Nasional yang mempunyai 60 Adun bertindak keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan hujah pembangkang yang hanya mempunyai 7 orang wakil!

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan kemudiannya memberitahu pemberita bahawa tindakan keluar Dewan itu bagi memberitahu pembangkang "siapa sebenarnya bos" di dalam Dewan. "Jika kami mahu bertindak nakal, setiap kali pembangkang mahu membangkitkan isu, kami akan keluar dan mereka tidak boleh bercakap. Tetapi kami tidak pernah melakukannya.

"Ini pertama kali Adun BN bertindak keluar Dewan. Hari ini kami mahu menunjukkan kepada mereka, siapa bos," katanya.

Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) berkata usul yang cuba dibentangkan Chong mempunyai kepentingan politik.

Tindakan BN di DUN Sarawak mendedahkan betapa goyah dan rapuhnya BN yang tidak mampu lawan berhujah dalam sesuatu isu yang dibangkitkan. Apa peranan 60 wakil rakyat BN dalam dewan? Adakah mereka hanya sebagai 'tunggul kayu mati' yang hanya mampu berdiam diri apabila sesuatu isu yang berkaitan kepentingan rakyat dibangkitkan oleh pembangkang?
Maka sia-sialah pengundi BN mengundi mereka dalam pilihanraya lalu kerana bukan sahaja menampakkan sifat kebudak-budakkan tetapi juga hanya membazirkan duit rakyat untuk membayar elaun mereka.

Kalau dengan tujuh orang wakil pun mereka dah kecut dan gentar tak peliklah UMNO@BN seluruh negara berada dalam keadaan goyah dalam DUN sama ada yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat atau Pakatan Rakyat menjadi pembangkang dalam Dun berkenaan.

Agaknya sebab itulah Perdana Menteri 1 Malaysia cukup fobia dengan pilihanraya kerana menyedari Umno@BN dalam keadaan yang begitu nazak pada hari ini yang hanya menunggu masa untuk menerima hukuman daripada rakyat yang semakin meluat dengan gaya dan cara pemerintahan Umno@BN yang ketinggalan zaman serta mengenepikan aspirasi rakyat yang menuntut perubahan menyeluruh bukan bersifat retorik atau kosmetik.

2 comments:

panglima_sepat said...

ala biasa ala politik ni..
hidup kita pun mcm roda kejap kat atas kejap kat bwh..
slaulu pembangkang buat, ni BN lak buat..
Rasa la plak apa yg kita pernah buat..
kecik punye hal takkan mau gaduh

faida said...

i thought rakyat is the boss and diorang ni cuma menjalankan amanat rakyat je?

biasa la diorang kat sana rasa diorang kuat sangat. tunggulah nanti. tunggu.