30 May 2009

PASTI KAWASAN BUKIT KATIL JOHAN KESELURUHAN SUKAN PASTI NEGERI MELAKA

Pengurus, juruletih pasukan Kawasan Bukit Katil dan Kota bergambar sebelum aksi final bola sepak

Penjaga gol Pasti Kawasan Jasin terkedu melihat rakan sepasukan membuat 'senamrobik' di depan pintu gol sendiri...

Pasti Kawasan Bukit Katil sekali lagi mengekalkan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu apabila muncul johan keseluruhan Sukan Pasti Peringkat Negeri Melaka yang diadakan hari ini. Kejohanan kali ini berlangsung di Kompleks Sukan Rakan Muda Lendu Alor Gajah.

Walaupun gagal mengekalkan kejuaraan bola sepak dengan muncul naib johan setelah tewas kepada pasti kawasan Kota 0-2 dan tempat ketiga bola jaring itu sudah memadai bagi Pasti Kawasan Bukit Katil untuk mengekalkan kejuaraan.

Kejayaan ini juga bertambah manis apabila pasukan bola sepak Kawasan Bukit Katil berjaya menewaskan Pasti Kawasan Jasin dalam pertandingan separuh akhir iaitu 1-0 yang memaksa penjaga gol pasukan lawan terpaksa memungut bola dalam gol sendiri...

Beberapa orang pemain bola sepak dan bola jaring dari kawasan Bukit Katil turut terpilih untuk mewakili Pasti Negeri Melaka ke kejohanan Sukan Pasti Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung di UNISEL Selangor.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat terutama semua guru, murid dan ibu bapa dari Pasti Ar Rahmah, Seri Jati dan Al Ikhwan yang mewakili Kawasan Bukit Katil pada sukan pasti negeri tahun ini.

1 comment:

jasindaily online said...

menang nasib sheikh...bola kena tiang, entah bomoh mana yang dok jampi..kalo tak mesti dah seri 1-1 n kompom bukit katil kalah penalti..he he he

apa2hal tahniah kepada bukit katil atas kemenangan mutlak kali ni..dalm sukan ni juga kita dapat eratkan hubungan silaturrahim....:-)