Sepanjang hampir 16 tahun berada di dalam Pas saya mengakui bahawa politik wang memang wujud dalam Pas. Serba serbinya memerlukan wang. Wang bukan segala-galanya...tetapi segala-galanya memerlukan wang. Nak pergi mesyuarat kena keluar wang poket sendiri...Buat program seperti tamrin dan rehlah...Biasanya wang poket keluar lagi...Bila hadir program seperti usrah, ceramah, mesyuarat agong atau hadir ke sesuatu program Pas...baik jauh atau dekat semua guna wang sendiri dari minyak kereta sehinggalah makan minum. Bila hadir pula pasti ada sahaja tabung derma yang diedarkan. Maka wang lagi akan disogok ke dalam tabung atau uncang derma mengikut kemampuan.
Bila minta tolong kawan-kawan sebagai ahli jawatankuasa atau membantu dalam sesuatu program mereka biasanya sedia membantu secara sukarela mengorbankan masa dan tenaga serta tak lupa mereka akan menyogok wang ringgit sendiri untuk menjayakan program tersebut...Kadang-kadang tak sampai hati melihat sahabat-sahabat sanggup hadir tolong buat kerja atau mesyuarat sehingga lewat malam maka saya akan menyogok mereka untuk belanja mereka makan-makan sambil sembang tentang jemaah dan pelbagai isu semasa.
Saya yakin wang yang saya sogokan ini terlalu kecil berbanding sogokan yang dilakukan oleh pelbagai lapisan dan peringkat yang berada di dalam Pas. Ada yang sanggup menyogok wang simpanan yang dikumpulkan sekian lama,tak kurang juga yang menyogok tanah dan bangunan yang dimiliki untuk perjuangan dalam Pas. Semua ini menyebabkan Pas terus utuh dan tegak berdiri serta melangkah gagah pada hari ini.
Tanyalah kepada mana-mana pimpinan tentang bangunan, markas dan premis yang dimiliki oleh Pas pada hari ini semua hasil daripada sogokan wang ahli dan penyokong serta mereka yang simpati di dalam Pas. Begitu juga dengan Ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut yang tersergam indah semuanya hasil sogokan yang berlaku dalam Pas. Jika tidak ada sogokan dari ahli dan penyokong Pas, Pas tak akan mampu memiliki bangunan tersebut yang nilainya mencecah jutaan ringgit.
Inilah sebahagian daripada politik wang yang berlaku dalam Pas. Harap-harap media milik Umno@BN tolong siarkan....Bahawa politik wang memang wujud dalam Pas...
17 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
duit bukan segala-galanya tapi dengan duit segala-galanya akan dapat dilaksanakan .. so politik wang menurut PAS .. menggunakan wang untuk melaksanakan kerja-kerja politik
Aku pun banyak amalkan politik wang,
membawa agenda menggantikan wang kertas kepada wang berasaskan komoditi.
Post a Comment