24 May 2009

PROJEK MEE SEGERA MUNCUL LAGI...

Umno@BN umum tak bertanding di Penanti. Kesian orang Penanti tak dapat jalan tar sampai depan rumah, tak dapat duit 'zakat', kain batik, kain pelekat, basikal percuma atau tidak dapat melihat pemimpin 1 Malaysia yang 'berjiwa rakyat' memasuki ceruk kampung dan memanjat tangga rumah mereka dengan hanya berselipar jepun.Semua ini gara-gara Umno@BN kehilangan taring dan sengat mencipta sejarah era 1Malaysia apabila mengaku kalah awal-awal lagi untuk tidak bertanding di Penanti.

Maka untuk menebus aib arang yang terconteng maka secara sekoyong-koyong Umno@BN begitu ghairah untuk bertanding di Manek Urai yang kehilangan wakil rakyat yang kembali ke rahmatullah. Maka seperti biasa projek 'mee segera' datang mencurah-curah yang kononnya 'projek mee segera' ini menjadi pantang larang Perdana Menteri 1Malaysia dari zaman berzaman.

Antaranya hari ini dirasmikan laluan ulang-alik KTMB Tumpat-Dabong. Bagus saya amat setuju..Tetapi yang saya tak setuju kenapa ketika waktu pilihanraya kecil Manek Urai baru terhegeh-hegeh buat projek itu ini? Begitu juga dengan cadangan Perdana Menteri 1Malaysia untuk memenuhi 4 lagi tuntutan pesara. Bagus saya amat setuju...Lebih-lebih lagi ayah saya dan ramai ahli keluarga saya bakal mendapat habuan jika menjadi kenyataan. Tetapi kenapa baru sekarang sedangkan tuntutan itu telah diajukan sekian lama? Adakah Umno@BN merasakan mereka perlu mengekalkan sokongan golongan veteran setelah majoriti besar golongan muda sudah mula menjauhi Umno@BN?

Kepada pemimpin 1Malaysia Umno@BN jika mereka benar-benar ikhlas buatlah pembangunan tanpa menunggu tarikh pilihanraya. Lihatlah betapa daifnya rumah rakyat di negara ini setelah hampir 52 tahun merdeka. Adakah nak menunggu seorang lagi pemimpin meninggal dunia baru nasib mereka akan dibela? Dalam hal ini saya berkata dalam hati untungnya rakyat di Manek Urai bila Umno@BN ingin bertanding....Bilalah nak pilihanraya kecil di Melaka...

Rumah seorang penyokong setia Umno di Sempurna Sabah...

Sebuah lagi rumah penyokong Umno di kawasan Shapei Afdal
Satu lagi projek Umno setelah sekian lama merdeka....

2 comments:

Syeikh Al-Hafiz said...

Bos,
Projek berjalan seperti biasa tanpa kira bila PRK. Semua dah dijadualkan.

Kebetulan PRK banyak sangat. Jadi takkan nak batal jadual pengumuman sebab ada PRK?

muhdzahari said...

rasanya sebelum ni memang dah ada banner iklankan laluan tumpat-dabong kat wakaf bharu..sebelum kematian adun manek urai lagi..