22 May 2009

UMNO HIPOKRIT JIKA BERTANDING DI MANEK URAI

Adakah Umno tidak bertanding di Dun Manek Urai? Pilihanraya kecil bakal diadakan berikutan kepulangan ke rahmatullah Adun Pas bagi kawasan itu Allaharyam Ismail Yaacob yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Jika di Penanti Umno mengambil pendirian tidak bertanding kerana ingin menjimatkan duit rakyat, langkah yang sama wajar diambil oleh Umno jika mereka benar-benar ikhlas dan ingin mendahulukan rakyat seperti yang digembar-gemburkan oleh Perdana Menteri 1 Malaysia.

Tetapi saya yakin Umno akan bertanding ini kerana tak sampai 24 jam, seorang demi seorang pemimpin Umno menyuarakan agar Umno bertanding di Manek Urai. Jika Umno bertanding di sana, Umno jelas parti yang hipokrit ibarat meludah ke langit yang jatuh ke muka sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

saya setuju umno talam 2 muka,hipokrit nak selamat duit rakyat.. tak payah lantik ramai2 penasihat mb haram d perak