04 June 2009

JIKA SAYA MENJADI PERWAKILAN SAYA AKAN PILIH SIAPA?


Hari ini rancak diperkatakan tentang pemilihan dalam Muktamar Pas ke 55 yang akan dirasmikan esok di Stadium Malawati Shah Alam. Muktamar Pemuda telah membuka tirainya malam tadi dengan dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Ustaz Nashrudin Mat Isa.

Pemilihan kali ini dilihat sebagai pertembungan kononnya di antara dua kumpulan di dalam Pas iaitu golongan Erdogan dan ulama. Isu pertembungan ini dimulakan oleh pihak di luar Pas dan saya melihat ahli dan penyokong Pas mula terperangkap dengan mainan yang dilakukan.

Mungkin ahli dan penyokong Pas terlupa dalam pemilihan Pas dua tahun lalu, pemilihan di dalam Pas ketika itu dicanang sebagai pertembungan ulama modenis dan konsovertif. Siapa yang memberikan label itu? Pastinya mereka yang berada di luar Pas, penulis dan penganalisis politik serta mereka yang mempunyai agenda tersembunyi dan tertentu di dalam Pas. Mengapa pimpinan dan ahli Pas terperangkap dan mengikut rentak mereka?

Insyallah saya akan hadir di Muktamar Pas kali ini. Bukan sebagai perwakilan tetapi cuma menjadi pemerhati. Inilah saya dari dulu sehingga hari ini. Saya rasa inilah peranan saya yang lebih sesuai berdasarkan faktor kesihatan, keluarga dan tugas. Hotel telah ditempah awal-awal lagi kerana bimbang kehabisan. Bukan tak biasa bermalam di masjid atau markas tetapi untuk keselesaan keluarga yang dibawa bersama.Lebih-lebih lagi mukatamar kali ini dikatakan panas dengan pemilihan dan pelbagai isu berkaitan survival Pas.

Berbalik kepada isu dan tajuk, jika saya menjadi perwakilan siapa yang saya akan pilih terutama di kalangan tiga calon yang bertanding jawatan timbalan presiden? Kalau boleh dan diizinkan oleh pelembagaan parti saya akan pilih ketiga-tiga calon yang bertanding. Ini kerana ketiga-tiganya telah membuktikan komitmen dan iltizam kepada parti. Ketiga-tiganya mempunyai gaya kepimpinan serta misi dan visi yang tersendiri untuk kepentingan jemaah.

Memandangkan saya hanya boleh pilih seorang sahaja dan pilihan saya menentukan masa depan jemaah dan Islam maka saya akan menggunakan adab dan kaedah yang diajar dalam Islam. Saya akan bersolat sunat hajat dan Istikharah untuk diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk menentukan siapa pilihan saya.

Memilih pemimpin lebih besar tanggungjawab daripada memilih isteri. Silap memilih isteri kesannya mungkin hanya kepada keluarga yang ingin dibina.Tetapi silap memilih pemimpin kesannya akan ditanggung oleh jemaah,rakyat dan negara. Lupakan segala kenyataan dan ulasan media. Usah terpedaya dengan pelbagai strategi pihak luar dan di dalam jemaah sendiri untuk berkempen.Kembalilah kepada kaedah yang diajar dalam Islam semoga pilihan yang dibuat tidak memudaratkan jemaah dan parti serta menyebabkan menyesal di kemudian hari. Selamat Bermuktamar....

1 comment:

kulatlapok said...

salam Tuan,

Jika saya jadi perwakilian saya akan pilih golongan ulamak profesioanal. Mereka inilah yg sebenarnya menjadi daya penarik golongan pelajar dan remaja meminati perjuangan PAS.

Hari ini PAS sesetengah pemimpinnya seperti sudah lupa akan sejarah kenapa orang sudah beralih angin pada PAS.?? Bukankah peristiwa DSAI yg menyebabkan separuh penyokong UMNO menyokong PAS walupun mereka tidak menjadi ahli??

Hari ini PAS seolah2 HIPOKRIT dengan kemajuan yg mereka kecapi sekarang. Apa salahnya kalau sesetengah pemimpin mereka berhubung atau berkawan baik dengan pemimpin seperti DSAI. Apakah DSAI mempengaruh pemimpin PAS yg agak pro pada DSAI?

Walau apapun hubungan mereka, yg pastinya PAS MESTI KUKUH dan menjadi parti sanjugan kepada pengiundi baru dan kaum dari banagsa lain. Inilah sbenarnya senjata PAS untuk memenangi dan menembusi kubu kuat parti lawan terutama majoriti dari bangsa lain.