02 June 2009

ZAHID HAMIDI BERDOLAK DALIH ISU PEMBELIAN JET PEJUANG BARU..


Dalam satu kenyataan akhbar semalam yang disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan menggantikan jet pejuang MIG29-N yang dibeli dari Russia dengan pesawat pemintas yang lebih canggih. Ini laporan utusan Malaysia hari ini

Pesawat MIG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan digantikan dengan pesawat pemintas yang lain bagi memperkuatkan pasukan itu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara ini telah dibincangkan dengan Panglima TUDM, Jen. Tan Sri Azizan Ariffin dan pesawat ini akan digantikan dalam masa terdekat, katanya.

"Pesawat MIG ini akan dilupuskan dengan menjual kepada syarikat-syarikat tertentu atau ke negara-negara yang dibenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ini pula laporan akhbar Utusan Malaysia pada 13.5.2009 daripada Menteri yang sama:

Perkhidmatan pesawat pejuang pemintas jenis MiG-29N Fulcrum akan dikekalkan sungguhpun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah menerima pesawat terbarunya, Sukhoi SU-30MKM.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini pihak kementerian tidak bercadang untuk menamatkan perkhidmatan jet pejuang berkenaan.

"Kita perlukan beberapa perubahan bukan sahaja daripada segi peralatan," katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan pertamanya ke Kem Syed Sirajuddin di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi yang mengatakan perkhidmatan pesawat MiG-29N akan ditamatkan berikutan kos menaiktaraf yang terlalu mahal dan telah berkhidmat lebih daripada 15 tahun.

Saya melihat isu atau cadangan pembelian aset terbaru ketenteraan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Pertama, membuktikan kegagalan kerajaan Malaysia dalam proses pemindahan teknologi dari Russia seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Bahawa Malaysia akan mendapat manafaat hasil pemindahan teknologi daripada pembelian pesawat berkenaan sebelum ini.

Beberapa negara seperti India yang membeli pesawat berkenaan lebih awal dari Malaysia masih dapat mengekalkan tahap kemampuan pesawat untuk berfungsi dengan maksimum hasil daripada pemindahan teknologi. Persoalannya adakah nasib yang sama akan dilalui oleh jet pejuang yang dikatakan tercanggih di dunia Sukhoi SU-30MKM yang juga baru dibeli dari Russia beberapa tahun yang lalu?

Masalah yang sama juga turut dihadapi oleh jet Hawk 100 dan 200 yang dibeli dari Britain tidak lama dulu turut mengalami masalah alat ganti dan lebih malang lagi beberapa pesawat berkenaan telah terhempas ketika menjalani latihan yang mengorbankan beberapa juruterbang.Adakah pesawat ini juga tidak perlu diganti?

Cuba lihat apa yang dilakukan oleh negara jiran Singapura, jet Skyhwak yang dibeli pada tahun 1980-an masih berfungsi dengan baik sehingga hari ini apabila dinaik taraf menjadi Super Skyhwak yang menjadi antara skundron jet pejuang yang masih digeruni ketika ini.

Saya menyokong penuh jika pembelian ini dapat menjamin dan penting untuk keselamatan negara. Tetapi apa yang saya cukup bimbangkan ialah tangan-tangan ghaib yang wujud di balik tabir seperti yang dibangkitkan dalam isu pembelian kapal selam bahawa kerajaan terpaksa membayar komisyen yang sangat tinggi daripada perjanjian jual beli tersebut.

Adalah sesuatu yang amat malang jika keselamatan negara dan nyawa juruterbang diperjudikan semata-mata untuk memenuhi agenda tersembunyi pemimpin tertentu yang ingin mengaut keuntungan hasil daripada perjanjian jual beli tersebut.

6 comments:

Anonymous said...

Salam angkasanuri....

Dolak dalik ke atau buat tak tahu...
kerana ada agenda tersembunyi kot..??

Atau fikiq berapa masoook ???

Tunggu dan lihat...

Wallah Hualam

Anonymous said...

Negara ini sebenar nya terdedah kepada ancaman luar sekira nya berlaku. Pertahanan Udara Malaysia amat lah lemah kerana kegagalan perancangan olih pemimpin terutama General TUDM yang semalam dalam akhbar Utusan Malaysia telah memberi satu gambaran palsu terhadap apa yang berlaku dan sekaligus telah menipu rakyat Malaysia. Ditambah dengan kekeliruan Pak Menteri pula yang mungkin di kelentong olih orang orang yang tertentu maka Pak Menteri pun berkokok tanpa mengetahui isu yang sebenar.
Memang benar apa yang saudara tulis. Malahan jumlah Shukoi yang telah di terima kesemua nya tidak mampu di angkat ke tahap operasi malahan terlalu banyak kepincangan mentelahan itu setakat ini hanya dua buah sahaja yang mampu di gunakan untuk latihan. Persiapan penerimaan pesawat yang di beli dengan harga berbillion tidak di buat dengan rapi-pergi lah ke Gong Kedak!!! masalah pangkalan masih gagal di tangani. Di perigkat awal penerimaan 2 buah engine Sukhoi telah mengalami kerosakan dan bayangkan pembaziran yang berlaku?.
Dimana rasional nya apabila TUDM membeli 8 buah pesawat AIRMACCHI dariItali hanya badan sahaja tanpa engine. Sesuatu yang tidak masuk akal kerana di war warkan engine lama yang akan di overhaul akan di gunakan-alahai perancangan bodoh TUDM yang sebenar nya tidak mempunyai vision. TUDM hanya bolih buat pertunjukan Udara sahaja dan itu lah kemegahan nya.
Terlalu banyak kelemahan dan saya cadangkan saudara terus menghidupkan kepincangan ini di blog saudara. Siapa yang mengaut keuntungan dan siapa yang punya agenda? Dimana letak nya keselamatan negara? Mengapa Pengurusan TUDM di barisi olih mereka yang tidak berkemampuan atau apakah semua Jabatan Kerajaan rata rata di ketuai olih mereka yang kaki ampu atau tidak faham amanah tanggung jawab.
We will be whacked by our enemies within hours so tell the Air Force Chief jangan menipu rakyat. KPI beliau sebagai peneraju TUDM adalah gagal. Kalau sekadar pertunjukan Udara, minum wine dan cigar serta bermain golf cemerlang menjadi ukuran maka tunggu lah kehancuran TUDM dan negara. Pak Menteri mesti bertindak segera. Rakyat juga yang menderita!!!

Hasbullah Pit said...

Israel masih lagi guna F16 untk hentam Palestine.

Malaysia terlalu banyak "masalah alat ganti"

aku pun hairan.

Tapi, drpd Mig tu bermasalah, disebabkan "alat ganti" yang dikontrakkan kepada pembekal bermasalah.

Aku rasa baik jual mig, beli sukhoi.

Anonymous said...

saya amat bersetuju dgn semua komen di atas..bukan pesawat pejuang saja ada masalah alat ganti malah pesawat2 lain pun sama..saya masih ragu2 adakah pesawat FA18 kita sama handal dgn F16 yg masih digunakan oleh US..apakah keupayaan sebenar skuadron2 pejuang kita?

Anonymous said...

Kata orang dalam TUDM, AIROD, ATSC buat duit banyak. Semua kontrek bagi sama AIROD dan ATSC.
Kata orang AIROD bukan susah nak buat duit, bila general TUDM pergi luar negara ramai ramai ikut jadi sponsor. Tiket bini free, shopping free, arak free dan huluq lagi.
Masalah, tapi Pak Menteri bagi ucapan supaya general tentera semua bolih baca doa. Zahid mimpi saja lah kena kon dengan general dia... kapal terbang nak terbang pun tak ada. Macam mana nak mempertahankan negara?

Pak Oncu said...

Tiga cabang ATM mempunyai masaalah yg tersendiri,,,,,,,, masaalah yang paling besar ialah DISPLIN di kalangan pegawai dan juga anggota,,,, DISPLIN DALAM ATM HANCUSSSSSSSSSSSS penyalah gunaan dadah, judi dan AWOL ,,,,,,, cuba dapat kan statitik berapa pegawai dan anggota yang AWOL......
PAT dan PTL, PTD dan PTU semua udah jadi puppet on the show,,,,,,,,,