12 July 2009

APA YANG MENARIK SANGAT TU?


Dalam kesibukan hujung minggu ini saya berkesempatan membawa anak-anak dan keluarga dari kampung untuk berjalan-jalan. Kalau nak ikut badan memang malas maklumlah kepenatan dalam memenuhi undangan ceramah dan pelbagai program lain. Lebih -lebih lagi dengan menularnya wabak H1N1 sekarang. Singgah di sebuah pusat membeli belah terkenal, sambil menunggu anak-anak pergi ke kedai buku, saya tertarik melihat gelagat orang ramai di kedai elektrik bersebelahan yang saya perhatikan terpaku dan tidak berganjak dari tadi. Ada jualan murah atau lelong ke? Rugi kalau terlepas peluang ni.

Ohhh... tengok konsert Micheal Jackson rupanya! Saya perhatikan sikap mendewa-dewakan artis begitu menebal pada orang Melayu ni..Seolah-olah tak dapat terima hakikat Micheal Jackon dah mati.

2 comments:

Anonymous said...

betul tu tuan....saya sokong...termasuk juger mendewakan pemimpin....

angkasanuri said...

Salam, anonymous 9.36 pm terima kasih...Lebih-lebih lagi akhir-akhir ni rajin beri komen dalam blog ini