27 July 2009

BANJIR LAGI!

Air telah mulai surut tetapi hujan kini kembali berterusan

Hujan lebat kira-kira tiga jam menenggelamkan beberapa tempat di Melaka. Antara tempat yang dinaiki air ialah beberapa tempat di Merlimau,Kampung Sungai Putat Taman Chempaka, Kampung Durian Daun dan Kampung Musai. Manakala di Taman Merdeka dan Taman Angkasanuri penduduk di tempat berkenaan panik seketika apabila air naik secara tiba-tiba walaupun hujan turun dalam masa yang singkat.

Ini telah menimbulkan kebimbangan penduduk yang bergegas menyelamatkan kenderaan dan barang berharga. Walau bagaimanapun air mulai surut beberapa jam kemudian. Ini membuktikan bahawa projek Tebatan Banjir di Sungai Melaka berhampiran Taman Merdeka yang menelan kos jutaan ringgit gagal menyelesaikan masalah banjir di kawasan berhampiran.

"Kalau hujan lebat dalam tiga jam dah nak tenggelam, agaknya macam mana kalau hujan tiga hari tak berhenti macam banjir dulu" Menurut seorang penduduk Taman Angkasanuri merujuk banjir besar yang melanda pada penghujung tahun 2006.

Rayuan saya kepada kerajaan Melaka yang dipimpin oleh Datuk Seri Muhamad Ali Rustam, beri keutamaan kepada projek mengatasi banjir dahulu dan bukannya projek pelancongan atau pembangunan lain yang kurang penting di Melaka.Apa guna kerajaan berbangga dengan projek Tambak laut dan pelbagai produk pelancongan baru kalau rakyat sendiri hidup menderita dan sentiasa kebimbangan.

Menurut seorang penduduk lagi, pembinaan dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam juga dikatakan menjadi penyebab mengapa air naik dengan tiba-tiba apabila pembinaan lapangan terbang berkenaan telah menghalang laluan air dari longkang utama.

"Mungkin hujan lebat yang luar biasa ni nak 'menyamak' wabak H1N1 yang semakin menjadi-jadi di Melaka sekarang ni" menurut seorang penduduk yang enggan dikenali namanya.

Sehingga kini hujan telah kembali turun tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

air sungai Melaka yang telah melimpah dari tebatan yang dibina

4 comments:

Anonymous said...

saya baru dua bulan mendiami perumahan Tmn Angkasa Nuri sgt membimbangkan saya,diharap jwtankuasa di sini ambil tindakan segera .

Aizat said...

tak semua kawasan tmn merdeka banjir..terutmanya area dpn pasar borong..Syukur..

yusmans said...

Jaga keselamatan rumah.. time banjir takut ada yang ambil kesempatan pecah masuk rumah..

Anonymous said...

setuju dengan pandangan penulis. Kerajaan negeri sebenarnya cuba nak menyembunyikan wabak H1N1 yang merebak teruk di Melaka (Pengarah Pendidikan pun tak boleh keluar dari satu institusi pengajian tinggi, nasib baik tak kena kuarantin kat situ) dan dalam masa yang sama menafikan hak rakyat untuk dapatkan berita sebenar tapi Allah Maha Penyayang, diturunkan hujan untuk menyamak wabak ini dari merebak, Wallahua'lam.