08 July 2009

DUA KISAH TRAGIS

Kisah 1

Kisah yang pernah mengemparkan negara satu ketika dulu apabila Mek Wook Kundor,106 berkahwin dengan seorang pemuda, Mat Noor Che Musa, 37. Maka ramai yang berkata cinta itu buta tidak mengenal usia.

Hari ini Mek Wook terpaksa berpisah dengan suami tercinta apabila suaminya ditahan oleh Agensi Dadah kebangsaan kerana terlibat dalam penagihan heroin dan dihantar ke Pusat pemulihan Dadah di Sungai Besi. Maka Mek Wook terpaksa berpisah dengan suaminya selama 2 tahun. Mek Wook pasti akan kembali kesunyian selepas ini.
Mek Wook dicium suaminya sebelum berpisah untuk ditahan di Pusat Serenti Sungai Besi

Kisah 2

Kisah ini melibatkan seekor beruk yang juga bernama Mek Wook yang tiga hari lepas 'diimport' oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk mempromosikan produk pertanian di negeri Melaka. Mek Wook dibawa khas dari tuannya di Terangganu sebagai usaha kerajaan negeri Melaka untuk menunjukkan kepandaian beruk memetik dan mengupas kepala kepada pelancong dan pengunjung di Melaka.

Beruk berkenaan ditambat di belakang kediaman rasmi ketua Menteri Datuk Seri Muhd. Ali Rustam. Malangnya beruk berkenaan ditemui mati semalam yang dipercayai akibat 'tekanan perasaan'. Ali Rustam dilaporkan terkejut dengan kematian beruk berkenaan.
Tinggal kenangan....saat-sat manis Ali Rustam dan Mek Wook...

6 comments:

safirulamar said...

Beruk berkenaan ditambat di belakang kediaman rasmi ketua Menteri Datuk Seri Muhd. Ali Rustam

p/s : jgn cakap macam tu beb, bukan ditambat, artikel yang ditulis ni seolah-olah 'menyalahkan' seseorang, macam kematian mek wok ni disebabkan kezaliman manusia pula. beruk tu, ditempatkan di tropicha farm fruit, sungai udang, di rumah datuk ali rustam, hanya membuat demonstrasi sahaja, lepas tu dipulangkan semula. dah nak sampai ajal, nak buat macamana kan.

angkasanuri said...

Terima kasih saiful amar, saya tak bermaksud pun nak menyalahkan sesiapa atas kematian mek wok. Cuma saya rasa tersentuh bila membaca kisah tentang tuannya yang asal begitu menyayangi dan begitu berat hati nak melepaskan 'mek wook' pergi.

Betul tu...kita pun tak tahu bila kita akan mati mungkin esok atau lusa...Tapi dalam dunia ni ada manusia yang sombong dan angkuh seolah2 tidak akan menghadapi saat kematian.

safirulamar said...

biarkan la diorang tu, yang mana baik kita ikut, yang jahat kita hindarkan. setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan, memang takdapat lari bro..terpulang dan bergantung pada individu tersebut untuk berubah ke jalan yang benar. tq

SambalBilis said...

kpd safirulamar,

memang benar manusia tk dapat lari dari melakukan salah dan silap.

tapi bila orang dah bagitau kita ada buat silap,maka mengaku dan mintak maaf jer lah..senang sprm nk bertindak.
tmbahan lak kesalahan tu melibatkan kepentingan rakyat atau tk tau ler kalau kau setuju utk menganggap tdk bersalah dgn kes rasuah si ali ni.

Anonymous said...

mengapa manusia memperagakan kehebatan makhlok yang dinamakan haiwan untok mempromosikan negerinya ,tidakkah ada cara lain untok mempertingkatkan ekonomi.pelbagaikanlah structure ekonomi bagi mengalakkan pertumbohan peluang pekerjaan untok rakyat dan melonjakkan tahap kehidupan rakyat kepada yang lebih selesa.mengapa menyangkutkan tanggongjawab itu kepada sang berok,manusia dikurniakan akal,apakah kepintaran sekor berok memetik kelapa boleh menjana ekonomi sesebuah negeri.kalaulah begitu lebih baik jadi berok.

kulatlapok said...

beruk tu mati khabarnya dari ahli nujum pak belalang dia terperanjat bila tengok orang Melaka ambil buah kelapa gunakan manusia, BESARLAH PUNYA BEROK TU TEPERANJAT, TERUS MENINGGAL. WALLAHUALAM