25 July 2009
H1N1: KINI SUDAH 10 DI MELAKA DITUTUP!
Wabak H1N1 terus menimbulkan misteri dan suasana membimbangkan apabila hanya 'berminat' dengan institusi pendidikan di Melaka. Semalam, ILP Bukit Katil, Pusat Latihan Kemas Bukit Katil dan SMK Teknik Bukit Katil memasuki senarai ke 10 institusi pendidikan di Melaka yang diarahkan tutup akibat wabak Demam Selsema Babi(H1N1).
Secara kebetulan, lapan dari sepuluh institusi pendidikan yang ditutup terletak dalam kawasan Parlimen Bukit Katil yang Ketua Bahagian Umno dan juga Ketua Menteri ialah Datuk Seri Muhd. Ali Rustam. Tetapi sehingga hari ini saya belum lagi mendengar atau melihat sebarang kenyataan atau tindakan Ali Rustam berkaitan dengan wabak berkenaan. Ke mana menghilang dan menyepi Ali Rustam ketika wabak ini melanda?
Dalam hal ini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak berkuasa Kementerian Kesihatan dan agensi dibawahnya seperti Hospital Besar Melaka , Poliklinik dan Klinik yang bertungkus lumus siang dan malam bagi menangani wabak ini yang sehingga kini telah mencatat 70 kes di Melaka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
apa kaitan wabak ni dengan Ali Rustam atau UMNO????
Semuanya dugaan dari Allah...Ambil iktibar....
Kaitannya mudah je...sebagai Ketua Menteri dia bertanggungjawab pada rakyat di bawahnya. Apa tindakan kerajaan negeri yang diterajui umno? Tunjukkanlah keperihatinannya bukannya berada di luar negeri seperti sekarang. Ini kes kecemasan patut kena beri perhatian.Wabak ini semakin merebak sekarang tetapi tidak ada arahan dan tindakan susulan dari Kerajaan negeri. Hanya Kementerian Kesihatan sahaja yang bertindak.
xpaham la ngan manusia yang hanya pandai mencari kesalahan orang lain dari melihat apa pula sumbangan yang telah diberikan dari pihak nya sendiri..sudah2 la tu..
Post a Comment