19 July 2009

INI SOAL NYAWA BUKAN SOAL POLITIK!


Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa isu kematian Teoh Beng Hock dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dari seorang pemimpin.

Adakah nyawa seorang boleh ditukar ganti untuk kepentingan politik? Lainlah apa yang berlaku apabila kematian penuh tragis Altantuya yang dikatakan mempunyai kaitan dengan pemimpin politik.

Muhyiddin berkata, Pakatan Rakyat cuba mengalih isu sisatan rasuah SPRM dengan membesar-besarkan kematian 'mengejut Teoh Beng Hock. Siapa yang cuba mengalih isu? Ternyata pemimpin Umno merasa tergugat dan terperangkap dengan jerat yang mereka sendiri pasang.Buktinya jelas,SPRM yang belum pun setahun jagung dilihat bertindak hanya mengikut telunjuk pemimpin Umno@BN. Apa perkembangan siasatan wang Balqis, salah guna peruntukan wakil rakyat Umno penggal lalu, hadiah mahal dan 'istana' Khir Toyo? SPRM lebih berminat dengan lembu dan apa sahaja yang melibatkan Pakatan Rakyat.

Semua ini seperti satu konspirasi terancang untuk menjatuhkan kerajaan pakatan Rakyat di Selangor dan di negeri-negeri lain. Tetapi kematian 'mengejut' Teoh Beng Hock menyebabkan segala perancangan dan tipu daya mereka terbongkar. Rakyat bangun menyatakan kemarahan menunding kepada Umno@BN sebagai punca tragedi malang ini berlaku.

Ternyata Umno@BN sebenarnya yang cuba mengalih isu kerana terperangkap dan terkepung dengan peristiwa ini. Isu ini pastinya akan mempercepatkan lagi tersungkurnya Umno dalam PRU akan datang.

3 comments:

kembara putih said...

Sekali lagi SPRM digunakan UMNO/BN untuk merampas kuasa di negeri2 PR. Selepas berjaya di Perak dan hampir berjaya di Pulau pinang, mereka alihkan pula ke Selangor. tapi malangnya mereka tidak ubah stail, masih dengan modus operandi yang sama. Nah sekarang perancangan mereka menjerat diri. Nak bagi alasan apa selepas ini..bunuh diri? Rasanya rakyat tidak sebodoh itu untuk menerimanya. Mangsa didalam penguasaan SPRM,yang terkenal kejam semasa melakukan siasatan. Siasatan selesai jam 3:45 pagi dan mangsa dilepaskan? SPRM boleh kata apa saja untuk melepaskan diri.

UMNO/BN merancang, tuhan juga merancang.

angkasanuri said...

Salam kembara putih, Umno terlupa bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik...

Anonymous said...

Saya bersetuju bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik. Tidakkah peristiwa di Perak juga perancangan dari Allah....Tuhan maha mengetahui segalanya...mungkin ada barakah disebalik setiap kejadian....Allah juga menerima doa setiap insan yang teraniaya tak kira dia parti apa?