21 July 2009
KES BIASA YANG DISIASAT SECARA LUAR BIASA
Ketua Persuruhjaya SPRM, Datuk Seri Hamdan Said meminta agar semua pihak berhenti dari menunding jari kepada badan itu.
Beliau meminta agar kes itu diserahkan kepada pihak polis untuk menyiasatnya.Menurutnya...
'Bukan kerja kami hendak sisat sampai buat (kematian) macam itu sekali, kes biasa sahaja'Katanya.
Kes biasa? Tetapi kenapa SPRM bertindak begitu luar biasa dalam kes ini? Menyerbu dan mengeladah bilik exco Selangor. Jika kes biasa kenapa perlu siasat dalam tempoh yang lama dari petang sehingga nak menjelang subuh? Adakah ada arahan istimewa atau memang kes ini biasa-biasa je?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kes biasa2 aje pun kena siasat sampai bawa maut.kes banglo 24juta tu masuk kes yg mcm mana ye?
Salam tuan angkasanuri.
Ni kes putar belit yang luar biasa. Ketua Polis Selangor kata kemungkinan besar Teo jatuh dr tingkat 14. Ini disahkan lagi dengan penemuan selak tingkap dari tingkat 14 bersebelahan mayat Teo.
Menurut beliau lagi, Teo mati 4-5 jam sebelum mayatnya ditemui jam 1:30 thari, maknanya antara 8.30-9:30am. Masa tu takkan la takde orang yang bertugas? Di Plaza Masalam tu ada berpuluh2 syarikat dan majoritinya masuk jam 8 am. Menurut polis, takde sorang pun dengar suara jeritan. Ini boleh membawa maksud Teo bukan membunuh diri, jika dia bunuh diri, semasa jatuh mestilah dia menjerit dengan kuat. Jelaslah Teo telah mati sebelum mayatnya dicampak keluar.
Jika dia membunuh diri, mestilah dia membuka tingkap dan terjun meninggalkan tingkap yang ternganga, dan bila pegawai SPRM masuk pejabat mestilah dia tutup tingkap tu dan ternampak mayat di bawah. Tapi mayat dijumpai jam 1:30 tghari. Mana mungkin pegawai SPRM semuanya masuk jam 1:30 thari, kata nak jumpa Teo di pagi hari.
Kalau dia bunuh diri dari tingkat 14 tentulah darahnya banyak, ni sikit saja. Jelaslah Teo telah mati sebelum dicampak keluar.
Lagi satu kenapa selepas 2 hari baru polis memperolehi hp Teo dari seorg pegawai SPRM? Dia simpan untuk apa? Untuk hapukan bukti? SPRM kata Teo dah dibebaskan, mestilah dikembalikan hp dia, lagipun Teo hanyalah saksi, bukannya tertuduh. Jelaslah penyiasatan belum selesai sehinggalah Teo mati.
Salam kembara putih...Terima kasih atas maklumat.Apa pun penjelasan pihak Polis dan SPRM rakyat tidak akan percaya lagi melainkan ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memalsukan bukti. Tetapi perancangan mereka semakin caca marba...Lihatlah apa yang berlaku dalam kes di Perak dan liwat2 DSAI...apa alasan mereka untuk mendakwa DSAI? 2 Laporan perubatan mengatakan Saiful tidak diliwat, macam mana Anwar boleh didakwa sedangkan DSAI alibi menunjukkan DSAI berada di tempat lain. Semua ini menunjukkan mereka semakin terdesak untuk kembali berkuasa dan memulihkan keyakinan rakyat.
Post a Comment