18 July 2009
MACHESTER UNITED DAN MANEK URAI : DUA-DUA MENANG TIPIS
Sebelum ini negara kita demam dengan MU (Manek Urai). Ramai yang berspekulasi siapa yang akan menang dalam pilihanraya kecil berkenaan. Pas menjadi calon favourite di situ berdasarkan MU dikatakan kubu kuat kepada Pas. Ada yang meramal Pas akan menang mudah di MU. Segala-galanya dilihat memihak kepada Pas. Dari calon sehinggalah isu yang dibangkitkan. Maka ramai yang meramalkan Pas akan menang mudah di MU dengan prestasi lebih baik berdasarkan keputusan PRU yang lalu. Tetapi setelah selesai undi dikira pada 7 Julai lalu, Pas hanya menang tipis yang disifatkan nyawa-nyawa ikan dengan hanya meraih 65 undi majoriti.
Hari ini pula berlangsung perlawanan persahabatan di antara pasukan kelab gergasi England MU ( Machester United). Berdasarkan kekuatan dan reputasi ramai yang meramalkan pasukan hingusan Malaysia akan jadi mangsa ratahan MU. Ada yang meramalkan paling kurang pun 5 gol keatas. Tetapi sebaik sahaja wisel penamat ditiup, pemain dan pengurus MU merah padam muka kerana nyaris diaibkan oleh pasukan hingusan Malaysia. Itupun dengan gol kemenangan saat-saat akhir. Saya lihat ada masalah persefahaman dalam pasukan MU.Dalam bab ini saya mengucapkan syabas kepada pasukan Malaysia.
Dalam kes pilihanraya di MU (Manek Urai) dan perlawanan di antara MU (Machester United) dua-dua seolah-olah ada persamaan iaitu pilihan untuk pemenang hanya menang tipis? Dalam situasi di Manek Urai, jentera Pas mungkin gagal dari segi strategi dan teknik menghadapi serangan agresif pihak lawan. Pas juga berhadapan dengan persefahaman yang kurang mantap sewaktu di Manek urai sama ada dalam Pas sendiri atau dalam Pakatan rakyat. Begitu juga Machester United yang kelihatan gagal menggunakan strategi yang betul ketika di padang sehingga nyaris diaibkan. Mungkin pasukan MU hanya bermain separuh hati atau tidak bersungguh-sungguh.
Kesimpulannya, Pas menang tipis di Manek Urai tidak bermakna Umno kuat tetapi ada sesuatu yang perlu dilakukan 'post mortem' kenapa Umno hanya tewas tipis. Begitu juga dalam perlawanan MU-Malaysia petang tadi, MU tewas tipis tidak bermakna Malaysia sebuah pasukan yang kuat. Kalau kuat tentu tidak terperosok ke rangking berapa ratus tahh...Cuma semangat,kerjasama mantap dan serta strategi yang betul serta kelalaian pasukan MU dimanafaatkan sebaiknya.
Dalam hal ini, walaupun Pas dan pakatan Rakyat hari ini dilihat semakin kuat tetapi kelalaian dan kesilapan strategi boleh menjerat diri yang mungkin dapat dimanafaatkan oleh Umno@BN. Maka Pas dan Pakatan Rakyat perlu bijak menggunakan peluang untuk bersiap bagi menewaskan Umno@BN dalam PRU akan datang kerana UMN0@BN kini begitu lemah dan kini bukan lagi pilihan untuk menang dalam PRU akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Nampaknya UMNO telah mendedahkan pekung mereka sendiri, sepatutnya kekalahan disambut dengan hati yang bersih, jika mereka inginkan mereka dilihat lebih baik dari PAS.
Malangnya mereka masih tidak puas hati pada PAS. Apa matlamat mereka melaung-laungkan UG, sedangkan bila PAS menang mereka megapi-apikan kemenangannya dengan mengatakan kemenagan tipis dan sebagainya. Itu adalah satu tabiat yang tidak baik untuk ditonjolkan, jika kita inginkan orang lihat tabiat kita baik tunjukkanlah kebaikan.
UMNO masih belum berubah, iaitu dalam konteks bekerja untuk melayu sebenarnya, kerana sebagai pihak yang kalah mereka sepatutnya mengucapkan syabas atas kemenagan PAS yang juga orang melayu yang seagama.
Bagaimana UMNO mahu mendekati pemuda melayu dan mengubah mereka yang memiliki minda yang agak tegar. Sedangkangkan UMNO sendiri tidak dapat mengubah keegoan dirinya sendiri.
Ini menyebabkan orang melayu menganggap UMNO hanya pentingkan melayu UMNO sahaja, mungkin bukan kearah penyatuan melayu.
Melayu PAS juga perlu dijaga hati mereka jika kita kata kita adalah pejuang melayu sejati, kerana mereka juga adalah bangsa melayu yang tidak akan mengancam orang melayu itu sendiri melainkan mereka ditentang. Kemenangan mereka untuk orang melayu perlu dihormati. Bukankah berbuat baik akan dibalas dengan baik.
Post a Comment