29 July 2009

MELAKA MENCATAT KEMATIAN PERTAMA H1N1


Seorang wanita berumur 20 tahun merupakan kes kematian pertama H1N1 di Melaka.Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican juga berkata kes tempatan itu dimasukkan ke hospital Besar Melaka Ahad lalu, 10 hari selepas dijangkiti virus tersebut. Mangsa dikenali Nur Syazwana Ramli(Gambar Allahyarhamah yang ditunjukkan bapanya) dari Taman Chempaka, Peringgit Melaka.

Bercakap di Putrajaya hari ini, Dr Mohd Ismail menambah wanita itu mengalami masalah kegemukan dan mati akibat radang paru-paru atau pneumonia.

Sehingga hari ini hampir lebih 100 kes H1N1 direkodkan di Melaka yang menyebabkan 15 Intitusi Pendidikan seperti UiTM, Politeknik, Pusat Latihan dan sekolah yang diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan.

3 comments:

LegendZ said...

Latest.Di Melaka Industrial Skill Development Centre(MISDEC), Bachang..4 org suspek H1N1..cuti shingga 10hb.

angkasanuri said...

Aizat, Tq for info.

Anonymous said...

Kebanyakan yang meninggal ni (obes) atau gemuk. Mungkin ini menjadi satu peringatan bahawa kalau terlebih makan pun bahaya jugak. Ini juga satu bala dari Tuhan untuk manusia supaya sentiasa mengingatinya. Nak hidup tu yang susah nak mati tu pasti.