Macam-macam kita dengar apabila Timbalan Presiden Pas Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak hadir semasa sesi penamaan calon di Manek Urai. Malah macam-macam spekulasi kenapa sehingga hari ini kelibat Ustaz Nasha tidak kelihatan di Manek Urai. Bagi Umno ini menunjukkan bahawa pergeseran masih berlaku dalam Pas khususnya di antara Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ustaz Nasha.Bagi segelintir dalam Pas, ustaz Nasha mungkin 'malu mata' hendak turun berkempen di Manek Urai.
Namun hari ini segala-galanya terbongkar dan menjawab segala teka-teki 'kehilangan' ustaz Nasha apabila beliau selamat menjalani pembedahan kecil pagi tadi di Hospital Serdang dan dijangka keluar petang ini.
Maklumat terbaru Ustaz Nasha dan Tuan Guru Nik Aziz bakal berkongsi pentas dalam satu majlis ceramah yang bakal diadakan sebelum pembuangan undi di Manek Urai.
Ceramah PGU - Cikgu Normala Sudirman
8 years ago
6 comments:
syafakallah ustaz nasha.. amin
Hamba Allah tu sakit.... apalah yg kecoh sangat Us Nasa tak turun ke Manek Urai.
salam penulis blog,
bukan setakat media umno/bn malah sesetengah pemimpin PAS jugak memandang serong kpd ustaz nasharudin..sungguh menghairankan bila mana pemimpin PAS meniru perangai jahat yg suka membuat spekulasi jahat ttg ketiadaan ustaz nasha. "malu mata"??? BODOH dan BEBAL agaknya pemimpin yg berkata demikian??!!!
ustaz nasha, ini ujian yg Allah bagi kpd ustaz utk meningkatkan ketakwaan dan menguji istiqamah ustaz. semoga tertutup segala pintu fitnah kpd ustaz. semoga ustaz terus memimpin gerakan ISLAM ini.
kpd pemimpin PAS yg berperangai seperti umno/bn, sedarlah kami ahli PAS lebih mengenali mana pemimpin PAS yg istiqamah dalam perjuangan ISLAM!!
Semoga Ust. Nasa cepat sembuh dan segera ke MU untuk menghapuskan fitnah yang melanda dirinya di sana. Kepada semua yang membuat fitnah sebelum ini cepatlah minta maaf.
Tuan Puan yang DiRahmati Allah,
kenapa agaknya tajuk post ini "Misteri Kehilangan", dimana kedudukan kita sebagai jemaah Islam apabila Timbalan Presiden kita "hilang" "menjadi misteri"?
macam mana boleh berlaku "kepimpinan" tidak tahu "kemana" TIMBALAN PRESIDEN?
ahli tidak tahu mungkin boleh diterima.
Dimana kita sekarang ni ?
Semuga UNMI dan kita semua diRahmati dan mendapat Keampunan dari Allah.
http://www.ustazamin.com/2009/07/universiti-kehidupan-92-mereka-wajib.html
ini lagi penting
Post a Comment