29 July 2009

SEMALAM PUJI MELAMBUNG HARI NI KUTUK BERGULUNG

Semalam pemimpin Umno@BN dan media milik mereka yang sewaktu dengannya puji melambung dan menggunung kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas. Semua ini hanya kerana kesedian Tuan Guru menghulur tangan untuk 'berdamai' di antara kerajaan negeri dan Pusat yang disalah mengertikan sebagai kerjasama Pas dan Umno.

Tetapi apabila Tuan Guru menjelaskan 'perdamaian' ini hanya melibatkan hubungan kerajaan negeri dan pusat dan tidak sama sekali Umno-Pas ramai pemimpin Umno@BN yang melenting. Salah siapa? Mereka yang sengaja memesong fakta dan kenyataan bahawa Tuan Guru hendak kembali berbaik-baik dengan Umno. Hakikatnya mereka sendiri sedari bahawa bukan itu maksud Tuan Guru. Tuan Guru menyifatkan Umno seperti orang yang bercinta bertepuk sebelah tangan umpama Laila dan Majnun. Kemudian diulas oleh rakan-rakan bloggers sebagai gila talak.

Mereka menyalahkan Tuan Guru dan sengaja membesar-besar dan mereka cerita episod baru hubungan Pas-Umno. Tuan Guru dengan tegas memberitahu 'pergi jahaham dengan Umno"! Bahasa Tuan Guru kasar? Mereka melabel Tuan Guru tak boleh dilayan dan tidak berstatus ulama dengan kenyataan demikian. Kemudian diulas oleh ulama 'terompah kayu' bahawa kenyataan yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang berstatus ulama.

Mereka mungkin membaca Al Quran tapi tak faham tentang konsep dan uslub atau pendekatan yang diajar oleh Allah SWT dalam Al Quran. Pernahkah 'ulama terompah kayu' dan pemimpin Umno ini bertemu dengan surah Al Lahab contohnya ayat 1 dengan maksud ' Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa"...Itu pun susah nak faham ke? Apa kita nak kata apabila Allah SWT memulakan ayat ini dengan perkataan celaka? Ulama terompah kayu tolong ulas.

Semua ini menunjukkan bahawa Umno@BN semakin tertekan dan terdesak sehingga sanggup memanipulasi dan memutar belit kenyataan Tuan Guru untuk kepentingan politik dan mengalih isu dan mendapat sokongan rakyat yang semakin menjauhi mereka. Jelas Umno@BN semakin kering isu dan tandus modal untuk kembali mendapat sokongan rakyat.

5 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

I like the title of this posting

Anonymous said...

dah tak de benda nak digaduhkan...idak tak laku pulak surat khabar...anyway semua pendapat adalah betul selagi dia rasa dia betul...blog ni pun betul sebab semua manusia boleh melahirkan pandangan masing2....dan kebanyakan 50-50..itu sebab takde pilihanraya majoriti 100%

Anonymous said...

Peribahasa baru ni.. Mintak tolong daftarkan.

angkasanuri said...

Anonymous 12.05...Kalau semua rakyat di negara ini seperti anda alangkah bagusnya. setiap orang bebas menyuarakan pandangan dan pendapat.

Anonymous 12.57...Ada no tel Karam Singh Walia tak?

angkasanuri said...

Anonymous 12.05...Kalau semua rakyat di negara ini seperti anda alangkah bagusnya. setiap orang bebas menyuarakan pandangan dan pendapat.

Anonymous 12.57...Ada no tel Karam Singh Walia tak?