19 August 2009

BILA ALI RUSTAM MINTA FATWA.....


Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Seri Muhd. Ali Rustam meminta agar badan itu membuat aduan kepada majlis Fatwa Kebangsaan berhubung dengan kenyataan YAB Tuan Guru Dato Abdul Aziz Nik Mat tentang kenyataan penyokong Umno tidak masuk syurga.

Semalam Tuan Guru menafikan kenyataan itu dan mengatakan pihak media telah memutar belitkan kenyataan beliau dan telah meminta peguam untuk memikirkan tindakan untuk menyaman media terbabit.

Menurut Ali Rustam lagi beliau telah merujuk kepada Mufti negeri Melaka Datuk Wira Rashid Redza Md Saleh berhubung dengan kenyataan Tuan Guru itu.

Kepada Ali Rustam, cermin-cerminlah diri itu kalau nak bercakap dan berhujah soal agama. 1Malaysia tahu Ali Rustam terlibat rasuah dan telah dibuktikan mengamalkan rasuah. Tetapi terselamat dari tindakan seperti yang dialami oleh Tan Sri Isa Samad dulu. Dalam hal ini Lembaga Disiplin Umno telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa kesalahan Ali Rustam tidak perlu dikenakan hukuman sekadar diberi amaran dan hilang kelayakan jadi calon Timbalan Presiden je.

Teringin juga mendengar pandangan mufti Melaka apa hukumnya berketuakan seorang perasuah? Ada tak mana-mana kitab kuning yang membolehkan rasuah diamalkan untuk mendapat kuasa?

2 comments:

paloi bin mulau said...

ali patut minta mufti melaka keluar fatwa apakah rasuah politik dibenarkan dlm islam? barulah mencabar sedikit pemikirn mufti haahaahaa

kalau mufti melaka kata okay ali patut smn lembaga disiplin amno kern menjatuhkan maruah dia huahuahua

angkasanuri said...

Setujuuuuuuu