01 August 2009

I.S.A 'HALAL' KATA PENGARAH JAKIM


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz bersetuju dengan ISA. Maknanya ISA itu 'halal' menurut pandangan beliau. Apabila seorang yang diberi tanggungjawab mengetuai JAKIM kata ISA 'halal', maka pastinya akan dijadikan modal orang yang melantiknya bahawa ISA 'halal'. Menurut beliau lagi secara prinsipnya, ramai ulama sebelum ini bersetuju dengan pandangan tersebut.

Maka selepas ini akan diselongkarlah hujah dan nas yang patut untuk menghalalkan ISA. Kepada pengarah JAKIM sila jawab soalan berikut:

1. Apa hukumnya sesorang yang dinafikan hak untuk membela diri?
2. Apa hukumnya seorang yang dipisahkan dari anak isteri bertahun-tahun tanpa bicara?
3. Apa hukumnya seorang yang diseksa dan didera mental dan fizikal tanpa sebab musabab?
4. Apakah nas Al Quran atau hadis Nabi SAW yang 'menghalalkan' ISA ?
5. Siapakah 'ulama' yang 'ramai' yang menyokong ISA?

5 comments:

abu muaz said...

Tak payahla bro. Kalau duduk tempat tu gitulah jadinya. Sama je dengan Mej. Jen (B) kita yg baru jadi menteri tu.

helmi_utusan@yahoo.com said...

salam.

Tidak perlulah kita menyalahkan datuk wan. Sebagai penjawat awam sekurang-kurangnya beliau sekurang-kurangnya mengeluarkan kenyataan berdasarkan ilmu.

Baca story dalam utusan Malaysia sampai habis. Secara prinsipnya undang2 pencegahan adalah tidak bercanggah dengan syarak.
Dalam soal ini Prof Zulkfilee seorang ulama juga tidak menolak ISA ketika ia dibahaskan dan dia hanya mempersoalkan soal perlaksanaan.

Datuk Wan menyatakan Jakim sedia teliti untuk membawa isu ISA ke dalam muzakarah fatwa membabitkan soal pelaksanaan ISA.
Apa yang saudara pertikaiankan dan persoalan2 yang ditimbulkan itu adalah soal pelaksanaan.

datuk wan telah memberikan laluan kerana jakim adalah sekretariat yang bertanggungjawab membuat permohonan untuk membincangkan sesuatu isu dalam majlis fatwa.

so terpulangh kepada para mufti nanti,

jadi jangan dok mengatakan orang sangat, datuk wan telah menjalankan tgjawabnya. tahniah datuk wan.

mosabit said...

itu munkee bukan pengarah JAKIM ....tapi pengarah JAKUN daa.............kah kah kah

padli said...

apabila dh dibawa ke majlis fatwa tapi x kluarkan jgk fatwa mengenai ISA itu haram, lebih elok bersidang bwh pokok jer...

Anonymous said...

hadis atau nas dalam Al Quran tu takde spesifik tentang ISA tapi kalau dikaji ada...contohnya Hijrah Nabi...itu juga adalah pencegahan....sebenarnya ada banyak perkara lagi...yang dinyatakan tapi ramai tak faham.