27 August 2009

PEGAWAI SPRM BOHONG?


Dalam keterangan inkues membabitkan kematian Teoh Beng Hock, seorang pegawai Kanan SPRM Mohd. Anuar Ismail memberitahu koroner bahawa berlaku pergaduhan membabitkan simati dan Tan Boon Wah Ahli Majlis Perbandaran Kajang kira-kira jam 2 pagi pagi pada hari Teoh ditemui mati.


Hari ini Tan Boon Wah dalam sidang akhbar di Pejabat DAP di Petaling Jaya menafikan pernah bergaduh dengan seperti yang didakwa Pegawai Penguasa Kanan SPRM itu kelmarin. Jadi siapa yang bercakap bohong? Apa pasti di antara keduanya ada yang bercakap bohong. Satu siasatan wajar dilakukan.Saya yakin ini mampu merungkai sedikit misteri di sebalik kematian Teoh sama ada SPRM terlibat atau sebaliknya.

2 comments:

kembara putih said...

Mentang2 la Teoh dah mati, lalu tak boleh menceritakan perkara sebenar. Tinggal la berpuluh2 pegawai SPRM berlawan dengan Tan seorang. Mungkin dengan berpakat sesama dia dalam jumlah yang ramai mereka beranggapan boleh menewaskan Tan seorang.

angkasanuri said...

Salam kembara putih...Kebatilan dan kepalsuan akan terserlah juga...Surah ali Imran : Mereka merancang Allah juga merancang, perancangan Allah yang terbaik...