19 September 2009

SALAM ADILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kepada semua muslimin dan muslimat khususnya penjenguk blog ini diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT. Moga-moga kita diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang...Mana tahu Ramadhan dan syawal ini adalah yang terakhir bagi kita semua...

Tahun ini setelah enam tahun berturut beraya dengan keluarga mertua di Pahang kali ini saya saya beraya di Melaka dan Insyallah petang raya nanti pulang beraya ke Pahang. Allahamdulillah ibu tercinta dibenarkan keluar wad semalam setelah seminggu terlantar di Hospital sebab itulah saya sukar untuk update blog ini. Insyallah blog ini akan terus beroperasi seperti biasa. Terima kasih kepada semua sama ada sahabat dan rakan sama ada dari Pakatan Rakyat dan Umno@BN yang mengunjungi dan memberi komen membina untuk blog ini.

Ok...Berhati-hati di jalan raya jangan biarkan insan tersayang menanti anda dalam tangisan.

3 comments:

al-brangi said...

Selamat Hari Raya Idul Fitri, Maaf Zahir Batin sahabat.

armouris said...

hari raya ni jangan main mercun, bahaya untuk kesihatan!! banyak lagi panduan kesihatan tentang hari raya kat sini - Hari Raya @ Info-Kesihatan-Anda

sheikh teluk intan said...

Salam sahabat,

Selamat Hari Raya Idil Fitri, buat saudara dan keluarga. Semoga ceria dan dirahmati Allah.