17 September 2009

UMNO@BN PANDAI PERINTAH BAGI BONUS RM 500, PR TAK PANDAI PERINTAH BAGI BONUS RM 1000!


Sering kali berkumandang bahawa kalau undi Umno@BN akan dapat pembangunan, dapat projek dan macam-macam. Kalau undi Umno@BN dapat macam-macam bantuan dan biasiswa. Termasuk le bonus...Kadang-kadang ada penyokong Umno yang 'karat hijau' beritahu pada penyokong Pakatan Rakyat yang bekerja di jabatan kerajaan kalau sokong Pakatan Rakyat atau pembangkang jangan ambil bonus yang diberi oleh kerajaan. Inilah mentaliti ketinggalan zaman orang Umno yang merasakan duit hasil kerajaan adalah hanya datang dari duit Umno@BN.

Semalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang mengumumkan memberi bonus RM 1000 kepada semua kakitangan kumpulan sokongan di negeri berkenaan. Berbeza dengan kakitangan kerajaan di peringkat persekutuan yang hanya mendapat RM 500 itu pun dua kali bayar...Selangor dan Kedah membayar sekaligus hari ini. Manakala Pulau Pinang akan membuat dua kali bayaran.

Kepada penyokong Umno@BN yang 'karat hijau' beranikah anda beritahu rakan-rakan anda yang sama waktu dengan anda di negeri di kuasai Pakatan Rakyat supaya jangan terima bonus tersebut?

Apa-apa pun pemberian bonus atau bantuan khas RM 1000 oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat lebih menyelami dan memahami keperitan rakyat peringkat bawahan di tengah-tengah kemelut ekonomi untuk menyediakan persiapan hari raya dan anak sekolah. Semoga usaha dan konsep negara berkebajikan dan mengutamakan rakyat diteruskan tidak hanya seperti retorik kerajaan 1 Malaysia: Rakyat didahulukan....Rupa-rupanya 1 Malaysia: Formula 1 didahulukan...

6 comments:

Duduk Atas Pagar Botol said...

1. Samada diberi bonus atau tidak, tahap perkhidmatan kakitangan awam samada dari persekutuan ataupun negeri, tetap sama - malas, lembab, mengular dsbnya.

2. Maka, pada hemah saya, kita tidak perlu sibuk mengungkit yang kerajaan ini bagi bonus RM500.00 dan kerajaan ini pula bagi RM1000.00 sedangkan pada hakikatnya bukan semua orang yang dapat merasa.

Anonymous said...

BUkan karat Hijau tapi karat Biru

angkasanuri said...

he..he..anonymous 2.23 tksh tak perasan...

KUNYiiL said...

harap2 lepas ni x de dept. yg lembab walaupon era IT.. (dah tekena)
anyway
slmt ari raya..
teruskn pejuangan...

Anonymous said...

Tuan,mana dapat berita bonus negeri PR RM1000 ni? Yang saya dengar RM500 juga di Selangor.

angkasanuri said...

Salam anonymous 6.07 pm Tuan carilah maklumat tu sendiri. Boleh tanya saudara mare yang kerja di selangor.