29 October 2009

ADEGAN TUMBUK MEJA,BALING KERUSI BERLAKU DALAM MESYUARAT PAS MALAM TADI?

Mungkin itu agaknya yang diharapkan oleh puluhan wakil media terutama dari Umno@BN berlaku dalam Mesyuarat Khas AJK Pas Pusat malam tadi. Paling tidak pun wujud gesaan agar Presiden, Setiausaha Agong dan PJ Selangor digantung dari tugas...

Apa mereka ingat pimpinan Pas terlibat dengan skandal seks seperti yang melibatkan Chua Soi Lek? Adakah mereka fikir ada pimpinan Pas terlibat dengan jenayah, songlap duit rakyat atau parti atau terlibat meletupkan bom C4?

Seperti saya katakan sebelum ini Umno@BN atau mereka yang sewaktunya akan kempunan sekiranya mengharapkan berlaku perpecahan di dalam Pas. Pas adalah parti yang berjuang atas landasan dan akhlak Islam yang penuh ketertiban. Tidak wujud budaya ampu mengampu, cantas mencantas yang sebati dan menjadi budaya dalam Umno. Kepimpinan adalah amanah dan tanggungjawab. Sekiranya ada di kalangan ahli parti yang beria-ia nak jawatan sanggup lobi melobi serta memburuk-burukkan orang lain mereka ini tidak layak sama sekali menyertai jemaah Islam yang telah wujud lebih dari setengah abad.

Insyallah seminar yang dirancang pada 7 Disember ini di Dewan Dato' Fadzil Nor di Taman Melewar akan memantapkan kefahaman dan perjuangan Pas serta meningkatkan ilitizam perwakilan dan kepimpinan tentang perjuangan untuk mendaulatkan Islam dan mengembangkan usaha dakwah di bumi tercinta ini.

2 comments:

Ahmad Tarmizi said...

Insyaalah ! PAS akan terus mantap. Biasa lah ada seorang dua yang nakal. Anak kita yang tak sampai 10 tu pun berbagai kerenah, ini kan pulak satu organisasi yg. besar.

Sekian

Unknown said...

Pemimpin UMNO dah kenal cara PAS. Ribut dalam cawan kopi aje. Dan ada MT UMNO kata semua itu hanya ngongek ekoran kekalahan PRK Batang Pinang. Jadi tak timbullah isu kekalahan di BPinang.